KUALA LUMPUR: Beberapa akta dan prosedur perlu dipinda jika kerajaan membenarkan penanaman ketum dan hem di negara ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.
Beliau berkata antara pindaan perlu dilaksanakan melibatkan Akta Racun Negara 1952, kerana ketum mengandungi bahan psikoaktif yang boleh menyebabkan leka dan lalai, serta Akta Kanun Tanah Negara 1965.
"Ketika ini menanam ketum tidak menjadi kesalahan tetapi apabila dipetik, diproses, dijual dan dieksport maka ia menjadi suatu kesalahan.
"Memandangkan kuasa mengurus tanah berada di bawah Senarai Negeri dalam Perlembagaan Persekutuan, maka ia juga perlu dipinda. Kita akur dengan sebarang keputusan kerajaan namun banyak prosedur dan proses perlu dilalui," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.
Menurutnya, setakat ini ujian kesan penggunaan ketum hanya dibuat pada haiwan, tetapi di peringkat praklinikal sahaja namun ujian klinikal tidak dibuat ke atas manusia bagi mengenal pasti kesan sampingan.
"Banyak kajian perlu dibuat, contohnya ada mengatakan kalau tanam ketum akan dapat hasil kira-kira RM180 juta setahun.
"Bagaimanapun, kos lain perlu dilihat. Contohnya buat masa ini, kita ada kira-kira 130,000 penagih manakala 25 peratus daripadanya (36,000) akan diletakkan di bawah Pusat Pemulihan Penagihan Dadah Narkotik (Puspen)," katanya.
Selain itu, Ayob Khan berkata Agensi Antidadah Kebangsaan juga tidak mempunyai program khas pemulihan bagi penyalahgunaan ketum.
Semalam, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin dilapor berkata Kabinet memberi kebenaran, supaya perbincangan dilakukan pihaknya mewakili Parlimen Padang Besar dengan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengenai kebenaran penanaman ketum dan hem bagi tujuan perubatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 25 2022
Ayob Khan berkata Agensi Antidadah Kebangsaan juga tidak mempunyai program khas pemulihan bagi penyalahgunaan ketum. - Gambar fail
Rumah terbakar, sambutan Tahun Baharu Cina empat sekeluarga bertukar suram
Kegembiraan menyambut Tahun Baharu Cina bagi empat sekeluarga bertukar duka apabila kediaman dihuni mereka di Hulu Langat, pagi tadi.
Ratusan peminat sambut kedatangan Lionel Messi di Peru
Ratusan peminat bola sepak menyambut bintang bola sepak Argentina, Lionel Messi, di ibu kota Peru, Lima, pada Selasa.
Al-Hilal kena bayar Neymar RM175 juta
Neymar tidak meninggalkan Al-Hilal dengan tangan kosong apabila dilaporkan kelab itu perlu membayar pampasan sekitar 38.33 juta euro kepada pemain itu.
JPJ keluar 1,968 saman menerusi OP TBC 2025
Pengarah JPJ Terengganu Zamri Samion berkata saman itu hasil pemeriksaan terhadap 19,597 kenderaan termasuk motosikal, kereta, lori, bas dan lain-lain kenderaan persendirian.
JPJ kesan masih ada pemandu bas ambil dadah
Jalan (JPJ) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) melaksanakan ujian saringan air kencing terhadap pemandu bas di seluruh negara bagi mempertingkat pematuhan sepanjang tempoh Op Khas Tahun Baharu Cina (TBC) 2025.
Perkembangan terkini di Sarawak
Operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di Miri, Sarawak sedang giat dijalankan.
Tanah runtuh Miri: Dua lagi mayat ditemukan
Dua lagi mangsa tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit, Miri telah dijumpai pada pagi Rabu, menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban kepada tiga orang.
Ahmad Zahid meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA
Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA berlangsung meriah dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Masters Thailand: Era baru bermula, gandingan tumpuan Malaysia-Korea Selatan menang aksi sulung
Gandingan terbaharu di antara pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem dan pemain Korea Selatan, Choi Sol Gyu, menampilkan aksi positif.
AWANI Ringkas: Ujian air kencing ke atas pemandu bas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis akan panggil semula saksi kes Teoh Beng Hock untuk siasatan lanjut
Polis akan memanggil semula saksi yang terlibat dalam kes kematian Teoh Beng Hock dalam masa terdekat.
Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
147 pegawai, anggota polis dibuang kerja tahun lepas - Bukit Aman
Sebanyak 147 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuang kerja pada tahun lepas, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.
Heroin base RM1.2 juta dirampas, seorang lelaki ditahan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah jenis heroin base seberat 13.3 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM1.2 juta dalam dua serbuan pada 23 Dis dan semalam.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Palsu kad UNHCR: Lelaki warga Myanmar dipenjara lima tahun, denda RM30,000
Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana memalsukan kad UNHCR September lepas.
PDRM umum pertukaran 21 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 21 pegawai kanannya berkuat kuasa 16 Dis ini.
JSPT serius tangani kemalangan libatkan kenderaan perdagangan
168 kes kemalangan termasuk 97 maut, 32 parah dan 39 ringan bagi kenderaan perdagangan, manakala 16 kes melibatkan kenderaan perkhidmatan direkodkan sepanjang Januari hingga September tahun ini.
Polis siasat tindakan khatib sebuah masjid kupas isu beri kewarganegaraan kepada rakyat China
Perkara itu yang dilihat sebagai penyalahgunaan pentas khutbah dan mencemarkan institusi masjid akan disiasat oleh Pasukan Khas 3R Bukit Aman.