BUKIT MERTAJAM: Beberapa jalan di kawasan Gereja Minor Basilica St Anne, di sini akan ditutup kepada lalu lintas bermula esok dan Ahad berikutan perayaan keagamaan Kristian, sambutan St Anne, di situ.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Tan Cheng San, berkata penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya.
"Jalan yang akan ditutup adalah Jalan Kulim iaitu dari hadapan stesen minyak Caltex menuju ke persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Indah, Jalan Tenang, Jalan Taman B dan Jalan Sepakat.
"Sekiranya pengguna jalan raya ke Kulim dari Bukit Mertajam, mereka akan dilencongkan ke jalan alternatif iaitu Jalan Kampung Baru menuju Jalan Rozhan manakala dari Kulim pula akan dilencongkan ke Jalan Sepakat dan Jalan Taman B menuju ke Jalan Kampung Baru," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, perayaan keagamaan itu sebenarnya telah bermula sejak 25 Julai lepas dan kawalan lalu lintas oleh pihak polis termasuk menempatkan anggota trafik di simpang-simpang utama telah dijalankan namun tiada penutupan jalan sehingga esok.
Tan berkata bermula jam 7 malam esok juga akan diadakan perarakan lilin oleh Gereja St Anne yang akan bermula berarak dari pintu nombor tiga gereja itu menuju Jalan Berjaya , Jalan Kulim, Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng, jalan Arumugam Pillai, Jalan Aston dan Jalan Usahaniaga.
Katanya, perarakan itu akan berpatah balik melalui Jalan Kulim menunju ke pintu nombor satu gereja itu membabitkan jarak perjalanan sejauh 1.8 kilometer dan dijangka selesai pada jam 11 malam.
Katanya, penugasan kawalan lalu lintas untuk perayaan keagamaan itu dijangka selesai sepenuhnya pada jam 3 petang Ahad ini dan jalan raya yang ditutup akan dibuka sepenuhnya semula seperti biasa.
Beliau berharap pengguna jalan raya dan masyarakat setempat dapat memberi kerjasama bagi memastikan kelancaran perjalanan dan ketenteraman awam.
Pihak gereja memaklumkan lebih 100,000 orang dijangka menghadiri sambutan lima hari perayaan keagamaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 28 2023

Penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya. -Gambar hiasan

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

KLSCM 2024: Lebih 30 jalan sekitar ibu negara ditutup sementara
Lebih 30 jalan di ibu negara akan ditutup atau dilencongkan sempena acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2024.

LTdL: Beberapa jalan di Negeri Sembilan, Pulau Pinang ditutup
Beberapa laluan di daerah Nilai, Seremban dan Rembau ditutup secara berperingkat susulan perlumbaan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

71 kontinjen sertai perarakan Maulidur Rasul peringkat Negeri Sembilan
Perarakan melibatkan beberapa jalan antaranya Jalan Kuil, Jalan Dato Hamzah, Jalan Yam Tuan, Jalan Dato Sheikh Ahmad, Jalan Taman Bunga dan Bulatan Istana.

Jalan sekitar Ipoh ditutup bermula esok sempena sambutan Hari Kebangsaan
Perarakan perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan akan diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh yang terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab.

Raptai Hari Kebangsaan: 21 jalan sekitar Putrajaya ditutup mulai 26 Ogos
Antara jalan terlibat ialah Lebuh Wawasan/Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Bestari/Jalan Tun Abdul Razak, Jalan P2K/Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan/Persiaran Perdana dan Jalan PC/Persiaran Perdana.

Tiga laluan di Putrajaya ditutup sementara sempena sambutan Hari Pahlawan
Mohd Zamzuri berkata sebanyak 82 anggota trafik ditugaskan bagi mengawal lalu lintas sepanjang sambutan Hari Pahlawan berlangsung.

PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.

2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.

Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.