Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup mulai pukul 7 malam hingga 12 tengah malam esok bagi perarakan kereta berhias sempena perayaan Hari Wesak.
Polis Trafik Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini berkata perarakan kereta berhias akan bermula dan tamat di Kuil Maha Vihara di Jalan Berhala.
Jalan yang akan ditutup ialah Jalan Berhala, Jalan Sultan Abdul Samad, Jalan Tun Sambathan, Jalan Petaling, Jalan Hang Lekiu, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu dan Jalan Cheng Lock.
"Penutupan jalan dilakukan secara berperingkat mengikut pergerakan kumpulan perarakan dan hanya akan dibuka semula kepada pengguna jalan raya setelah kumpulan perarakan melalui jalan-jalan yang dinyatakan," kata kenyataan itu.
Polis menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melalui jalan-jalan itu bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Bernama
Thu May 23 2013


Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.

Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara
Hari Wesak disambut meriah di seluruh negara dengan ribuan penganut Buddha memenuhi tokong di negeri masing-masing sejak awal pagi ini.

TPM, Menteri Kabinet zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Perbezaan kaum dan agama merupakan keunikan yang mengeratkan masyarakat majmuk di Malaysia.

Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

Hari Wesak: MBA giat jalankan persiapan, jangka terima kehadiran 10,000 penganut
Puluhan sukarelawan sedang menyiapkan kereta berhias dengan ribuan bunga dan mendirikan 10 khemah di kawasan berkenaan.

Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.

Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.

Presiden Sri Lanka beri pengampunan 988 banduan pada Hari Wesak
Sri Lanka akan membebaskan 988 banduan pada Jumaat dalam pengampunan presiden bersempena Hari Wesak, acara keagamaan paling penting bagi penganut Buddha.

Hari Wesak disambut meriah, penganut terus berwaspada ancaman COVID-19
Hari Wesak hari ini disambut meriah dalam kalangan penganut agama Buddha dengan sesetengah individu masih mengamalkan langkah pencegahan dan berwaspada menghadapi ancaman COVID-19.

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar sambutan itu dilimpahi keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan.

PM Anwar ucap Selamat Hari Wesak
Pelbagai budaya serta perayaan seharusnya membawa mesej kasih sayang dan keamanan antara satu sama lain, kata PM.