BALIK PULAU: Beberapa kawasan di sekitar daerah Barat Daya, di sini dilanda banjir kilat selepas hujan lebat melanda Pulau Pinang sejak awal pagi hari ini, namun setakat ini tiada mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Antara kawasan yang dinaiki air hingga 50 sentimeter ialah Balik Pulau, Sungai Pinang dan Teluk Bahang selepas hujan lebat sejak pukul 3 pagi tadi, sehingga menyebabkan puluhan rumah dimasuki banjir.
Seorang penduduk di Sungai Pinang, Hamisah Sariman, 40-an berkata mereka sekeluarga sedang tidur dan hanya menyedari air mula masuk ke dalam rumah sekitar pukul 3.30 pagi, ekoran hujan lebat.
"Saya terjaga apabila dengar hujan makin lebat dan bila keluar bilik, mendapati ruang tamu telah penuh dengan air hujan.. saya terus kejutkan suami dan anak-anak, kami cuba angkat barang-barang elektrik ke tempat tinggi supaya tak rosak.
"Ini pertama kali rumah kami dimasuki air banjir pada tahun ini, air naik hingga paras lutut saya kerana hujan semakin lebat hingga pagi tadi...nasib baik selepas pukul 10 hujan semakin reda, hari ini tak raya ke mana-mana lah nak kena kemas rumah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Sementara itu, penduduk di kawasan Flat Indah di Jalan Hassan Abbas, di Teluk Bahang di sini turut terjejas akibat banjir kilat selepas hujan lebat dan air sungai yang terletak bersebelahan dengan flat tersebut melimpah mengakibatkan banjir sehingga ke paras lutut orang dewasa.
Selain kawasan flat itu, beberapa buah rumah di kawasan perumahan kampung nelayan di situ juga turut dinaiki air dan banjir mula surut kira-kira pukul 10 pagi, namun penduduk masih dalam keadaan berjaga-jaga kerana masih hujan renyai-renyai.
Seorang penduduk Nur Syazwani Ariffin, 30, berkata beliau terjaga dari tidur kira-kira pukul 3.30 pagi apabila hujan turun dengan lebat dan air dari sungai mula melimpah ke parit, sebelum keluar tengok serta mendapati penduduk mula mengalihkan kenderaan ke kawasan lebih tinggi.
"Saya sekeluarga tinggal di tingkat dua flat dan suami turun alihkan kereta dan motosikal ke tempat yang tinggi, nasib baik saya sempat kerana air naik terlalu cepat, Penduduk di tingkat bawah flat ini paling terjejas kerana air naik terlalu pantas dan mereka tidak sempat nak selamatkan barangan elektrik serta perabut," katanya.
Dalam pada itu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beberapa tempat di sekitar daerah Timur Laut mengalami kenaikan paras air dan air bertakung antaranya di Jalan P. Ramlee, Jalan Langkawi (Kebun Lama), Taman Rampas (Sungai Pinang), Jalan Perak, Lilitan Stadium dan Persiaran Perak (Astaka Stadium) kerana hujan berterusan sejak semalam.
"Turut berlaku kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan antaranya di kawasan Jalan Loh Poh Heng, Paya Terubong serta laluan di sebelah Recsam menghala ke Jalan Tun Sardon.
"Tindakan segera sedang dijalankan dan laluan tersebut akan dibuka kepada kegunaan orang awam dalam masa terdekat, setelah selesai dan selamat," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, beberapa kawasan di bahagian pulau turut dilanda banjir kilat selain berlaku insiden pokok tumbang.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam satu kenyataan memaklumkan antara kawasan yang terjejas ialah di Jalan P Ramlee, Jalan Langkawi dan Taman Rampas di Sungai Pinang.
Turut terkesan Jalan Perak, Lilitan Stadium, Persiaran Perak dan Jalan Hassan Abbas di Teluk Bahang.
"Beberapa tempat terbabit mengalami kenaikan paras air dan bertakung.
"Orang awam dinasihati supaya merancang perjalanan dan berwaspada bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini, " katanya menerusi kenyataan yang disiarkan di laman facebook rasmi MBPP, pada Sabtu.
MBPP turut melaporkan perkembangan mengenai kerja pembersihan akibat kejadian pokok tumbang yang berlaku di beberapa kawasan di negeri ini.
Antara tempat yang berlaku insiden itu di Gelugor, Jalan Loh Poh Heng dan Taman Bukit Saujana di Paya Terubong.
"Kerja pemangkasan, pengalihan dan pembersihan dilakukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang dan Skuad Pantas MBPP," katanya.
Bernama
Sat Jul 01 2023

Antara kawasan yang dinaiki air hingga 50 sentimeter ialah Balik Pulau, Sungai Pinang dan Teluk Bahang. - Gambar/ FB Khidmat Malaysia
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.