TAIPING: Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini dilanda banjir kilat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Taman Seri Kota Fasa II, Kampung Sempadan, Kampung Air Kuning dan Taman Kuning Sari.
Katanya, setakat ini seramai 10 orang mangsa dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini, bagi penempatan sementara.
"Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian banjir kilat itu pada jam 6.05 petang, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping bergegas ke lokasi.
"Operasi turut dibantu anggota dari BBP Kamunting, Batu Kurau dan Bagan Serai.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian, mereka mendapati berlaku banjir kilat di kawasan perumahan itu, kerja-kerja pemantauan sedang dijalankan.
"Setakat ini seramai 10 orang sudah dipindahkan ke Dewan Air Kuning iaitu empat lelaki dewasa dan enam orang kanak-kanak," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi operasi pemantauan masih berjalan dan maklumat akan dikemas kini dari masa ke semasa.
Operasi itu diketuai oleh Ketuai Balai BBP Taiping, Rafeel Hairul Richard.
Aida Aziz
Sun Aug 28 2022

Setakat ini seramai 10 orang mangsa dipindahkan ke Dewan Air Kuning di sini, bagi penempatan sementara. - Gambar/ JBPM

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Beberapa kawasan di Taiping dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan sejak petang Ahad menyebabkan beberapa kawasan perumahan di sekitar bandar ini dilanda banjir kilat.