GEORGE TOWN: Penduduk Pulau Pinang diminta menyimpan air untuk kegunaan harian kerana beberapa kawasan di negeri itu berdepan gangguan bekalan air susulan berlaku kadar kekeruhan air yang tinggi di Sungai Muda.
Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kadar kekeruhan yang tinggi itu disebabkan kejadian banjir di Baling, Kedah dan insiden seumpama itu pernah berlaku sebelum ini.
"Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 3 pagi tadi kadar kekeruhan air Sungai Muda masih dapat dikawal, namun pada 5 pagi kadar kekeruhan air telah naik dengan mendadak.
"Situasi ini menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua tidak dapat merawat air daripada Sungai Muda kerana loji berkenaan berisiko rosak sekiranya menerima air berkenaan untuk dirawat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata PBAPP sudah mengumumkan bahawa kapasiti rawatan di LRA Sungai Dua hanya tinggal 30 peratus dan dijangka berlaku gangguan air kepada pengguna hari ini di kebanyakan kawasan di negeri itu.
Sementara itu, PBAPP dalam kenyataan memaklumkan LRA Sungai Dua adalah LRA terbesar dan terpenting di Pulau Pinang kerana membekalkan air kepada kira-kira 465,004 pengguna.
"Apabila PBAPP mengesan air yang sangat keruh di muka sauk Lahar Tiang, PBAPP terpaksa mengurangkan pengabstrakan air mentah dari Sungai Muda dan telah menyebabkan pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua menurun sebanyak 30 peratus kepada 715 juta liter sehari (JLH) pada 9 pagi daripada purata 1,019 JLH.
"Oleh itu, bekalan air terawat kepada 70 peratus pengguna telah terjejas di kawasan George Town; Selatan Bukit Dumbar ke Balik Pulau (Pulau Betong, Bukit Penara, Pondok Upeh dan Bandar Balik Pulau); Seberang Perai Tengah (kawasan selatan Rumah Pam Bukit Minyak) dan Seberang Perai Selatan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023

Chow Kon Yeow mengadakan sidang akhbar selepas hadir majlis pendaftaran perkahwinan berkelompok sempena sambutan Festival Mid Autumn dan Hari Pendaftaran Negara di Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, hari ini. -Bernama

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

China sedia kolaborasi dengan Malaysia promosi kerjasama Asia Timur dan integrasi ekonomi serantau
China juga sedia bekerjasama dengan Malaysia bagi mengekalkan trend pembangunan kerjasama serantau.

Pulau Pinang tidak naikkan fi hotel - Chow
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini menafikan laporan media tempatan yang mendakwa fi hotel di negeri berkenaan akan dinaikkan sehingga 50 peratus pada tahun ini.

Anwar nafi beri tumpuan kepada Pulau Pinang kerana anak jati
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan kononnya beliau memberikan tumpuan yang lebih kepada Pulau Pinang kerana merupakan anak jati Pulau Mutiara itu.

LRT: Kerajaan beri perhatian serius kebimbangan penduduk Pulau Pinang - Anwar
Kerajaan Persekutuan memberi perhatian serius mengenai kebimbangan penduduk Pulau Pinang tentang sebahagian kawasan Tapak Pesta Sungai Nibong.

Pulau Pinang berjaya tarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 - Chow
Pulau Pinang berjaya menarik pelaburan berjumlah RM31.38 bilion pada 2024 yang dijangka mewujudkan lebih 6,600 peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pembuatan bernilai tinggi, perkhidmatan termaju

Tanah tapak stesen LRT bukan untuk bina rumah - Chow
Kawasan tanah terbabit adalah tapak untuk pembinaan sebuah sekolah, namun pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Chow sahkan Jagdeep dilucutkan daripada lembaga PBAHB
Jagdeep gagal memenuhi kehadiran minimum dalam mesyuarat lembaga pengarah sepanjang tahun kewangan syarikat berkenaan.

Pulau Pinang catat RM22.6 bilion pelaburan diluluskan sehingga suku ketiga 2024
Projek infrastruktur utama termasuk LRT Laluan Mutiara dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sedang dilaksanakan untuk meningkatkan mobiliti dan kualiti hidup.

Pulau Pinang masih kurang hotel - Ketua Menteri
Pulau Pinang masih kekurangan bilik hotel untuk menampung jumlah kemasukan pelancong asing dan domestik yang semakin bertambah.

Pulau Pinang salur RM70,000-RM80,000 kepada SJKT tingkat kemudahan asas
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Pulau Pinang menerima peruntukan antara RM70,000 hingga RM80,000 setahun bagi menambah baik kemudahan asas.