Bekalan air ke Terusan Besar Bagan Serai, di Kerian akan dikurangkan secara berperingkat disebabkan penyusutan air di Empangan Bukit Merah.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata paras semasa air di empangan itu adalah 6.10 meter dan jika mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pengurangan perlu dilakukan secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.
"Bekalan ke Terusan Besar perlu mengambil sedikit masa untuk ditutup sepenuhnya memandangkan terdapat risiko berlaku keruntuhan tebing ban jika paras air susut mendadak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan makanan Yayasan Bina Upaya di Kampung Sungai Tukang Sidin di sini pada Jumaat
Menurut Zainol Fadzi, walaupun bekalan air ke Terusan Besar ditutup tetapi bekalan air dari kolam Bukit Merah, Rumah Pam Kerian dan Rumah Pam Padang Lalang masih beroperasi seperti biasa tetapi dalam jumlah yang terhad.
"...dan bekalan dari ketiga-tiga tempat itu bergantung kepada paras air Sungai Kerian dan Sungai Kurau," katanya dan menambah bekalan air ke kawasan industri juga tidak terjejas.
Menjelas lanjut Zainol Fadzi berkata keutamaan untuk bekalan air dari Empangan Bukit Merah akan diberi kepada Lembaga Air Perak bagi kegunaan domestik seperti keperluan minuman.
"Sekiranya paras empangan sampai ke tahap 5.18 meter dan memberi kesan kepada bekalan air, ada kemungkinan kita akan memulakan catuan di sekitar kawasan berkenan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kawasan sawah padi seluas 17,167 hektar meliputi kompatmen (petak) A, B, C, D, E dan F di sekitar daerah Kerian masih terkawal dengan bantuan pam bergerak yang dibekalkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian serta Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA).
Bagaimanapun, beliau berkata pelepasan air ke kawasan sawah padi seluas 4,697 hektar di Selinsing serta Semanggol di Kerian terus ditangguhkan sehingga keadaan bekalan air kembali pulih.
Bernama
Fri Apr 22 2016

Keadaan Tasik Bukit Merah yang airnya susut teruk akibat musim panas yang berpanjangan. - Foto Bernama

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Belanjawan 2025: Perak harap peruntukan projek tebatan banjir diluluskan
Perak berharap projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang memerlukan peruntukan tinggi mendapat perhatian dalam Belanjawan 2025, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.

Pembenihan awan belum berjaya tingkat paras air Empangan Muda, Bukit Merah
Operasi Pembenihan Awan yang dilaksanakan semalam belum berjaya meningkatkan paras air di Empangan Muda di Kedah dan Empangan Bukit Merah, Perak.

Operasi pembenihan awan di Kedah, Perak bermula esok - Ahmad Zahid
Kerajaan akan melaksanakan operasi pembenihan awan (OPA) di Kedah dan Perak selama tiga hari berturut-turut bermula esok.

Simpanan air mentah Empangan Muda, Bukit Merah terus rekod paras bahaya
Lima lagi empangan menunjukkan baki stok simpanan air mentah semasa berada pada paras amaran.

Paras Empangan Bukit Merah cecah tahap terburuk, OPA akan dilaksana - Exco
Operasi Pembenihan Awan bakal dilaksanakan di Empangan Bukit Merah, Bagan Serai, namun bergantung kepada cuaca seperti disarankan MetMalaysia.

Paras air Empangan Bukit Merah surut, penduduk gesa pembenihan awan segera
Selain mencetuskan hujan, ia sekali gus bagi memastikan bekalan untuk minuman dan pengairan sawah tidak terjejas.

Empangan Bukit Merah: Penyusutan air mungkin akan kerap berlaku pada masa depan
Jika tidak ditangani segera ia boleh menjejaskan pengairan sawah padi, dan kegunaan domestik harian penduduk di seluruh negara.

Pencerobohan hutan simpan punca Empangan Bukit Merah terjejas
Pencerobohan kawasan terutama di Kampung Selamat serta Hutan Simpan Pondok Tanjung itu dipercayai berlaku sejak beberapa tahun lalu dan digunakan untuk kegiatan pertanian.

Bekalan air ke Terusan Besar Bagan Serai dikurangkan
Paras semasa air di empangan itu adalah 6.10 meter dan jika mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pengurangan perlu dilakukan secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya.