IPOH: Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal berkenaan pembekalan air mentah dari Sungai Perak seperti yang dicadangkan di bawah Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS), hari ini.
Difahamkan perbincangan secara tertutup antara Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow itu akan diadakan Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, jam 3 petang ini.
Tanpa mengulas lebih lanjut, Saarani berkata pertemuan empat mata itu diadakan bagi membolehkan rundingan yang lebih jelas dan terperinci berhubung perkara berkenaan.
“Hari ini, pada petang ini, ada mesyuarat (bersama Ketua Menteri Pulau Pinang). Dia yang hendak berjumpa dan kita tidak tahu lagi apa butirannya. Sebentar nanti jumpa barulah dimaklumkan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas pelancaran Logo Jelajah Denai Sungai Negeri Perak Sejahtera Tahun 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan dekat sini, pada Selasa.
Pada Februari lalu, Kon Yeow dilaporkan berkata Pulau Pinang sudah merangka pelan kontingensi air dan kajian telah dilakukan seawal 2009 untuk mendapatkan sumber air yang alternatif menjelang 2025.
Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, kajian itu telah mengenal pasti Sungai Perak sebagai satu alternatif air mentah dan perkara itu turut disedari oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.
Projek SPRWTS dicadangkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk memanfaatkan sumber air kedua Pulau Pinang di Sungai Perak bagi memenuhi keperluan permintaan air pada masa hadapan bagi Pulau Pinang dan utara Perak sehingga tahun 2025.
Disember lalu, Saarani berkata pihaknya masih belum memuktamadkan sebarang keputusan mengenai penjualan air di negeri itu kepada Pulau Pinang kerana masih meneliti beberapa perkara berhubung permintaan kerajaan Pulau Pinang untuk membeli air dari negeri ini.
Terdahulu pada Disember tahun lalu, Saarani memberitahu Perak akan memberi keutamaan kepada pengunaan air domestik sebelum membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada negeri lain termasuk Pulau Pinang.
Katanya penggunaan air domestik di Perak juga tidak mencukupi, khususnya di kawasan tertentu seperti di utara Perak yang melibatkan daerah Parit Buntar, Bagan Serai dan Taiping.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata ‘Jelajah Denai’ merupakan inisiatif yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 Perak sebagai usaha melibatkan semua pihak untuk menjaga dan memelihara denai-denai sungai di seluruh negeri.
Katanya selain pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) inisiatif berkenaan turut membabitkan kerjasama 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan dan Pembangkang.
“Melalui inisiatif Jelajah Denai juga, aktiviti pengindahan denai-denai sungai akan dipergiatkan sekaligus menyelamatkan kawasan rizab sungai daripada menjadi lokasi penempatan haram.
“Program ini juga telah dirangka secara bersekali dalam sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak dan Hari Sungai Sedunia sebagai penutup Jelajah ini,” ujar Saarani.
Amirrul Rabbani
Tue Mar 01 2022

Saarani berkata pertemuan empat mata itu diadakan bagi membolehkan rundingan yang lebih jelas dan terperinci berhubung perkara berkenaan. - Gambar fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Bekalan air mentah: Perak, Pulau Pinang akan bincang hari ini
Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan bagi membincangkan hal berkenaan pembekalan air mentah dari Sungai Perak.