LUMUT: Pemerhatian Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mendapati bekalan ayam di pasar raya seluruh negara stabil dan tidak berlaku kekurangan ketara sejak 10 hari lepas, kata menterinya Datuk Seri Ronald Kiandee.
"Saya rasa pihak pengusaha ayam telah ambil tindakan dan keperluan sepatutnya bagi memastikan bekalan ayam 1.8 juta hingga dua juta ayam setiap hari.
"Kita juga telah menghentikan eksport buat masa ini bagi memastikan keperluan tempatan dipenuhi," katanya selepas melawat Dinding Poultry Development Centre (DPDC), Segari, di Manjung hari ini.
Dilaporkan bekalan ayam di beberapa negeri masih stabil dan tidak terputus sepenuhnya walaupun terdapat pengurangan bekalan yang diterima melalui pembekal.
Bekalan ayam sebelum ini dilaporkan berkurangan di beberapa negeri kononnya atas beberapa sebab antaranya kerana peralihan ke fasa endemik, sambutan Aidilfitri serta pembelian panik susulan satu kenyataan akan berlaku ketiadaan bekalan ayam pada 20 hingga 22 Mei lepas.
Ditanya mengenai tuntutan subsidi ayam, Ronald berkata penternak ayam yang belum menerima atau membuat permohonan, masih boleh berbuat demikian selepas tempoh yang akan berakhir 5 Jun ini.
"Kita harap pihak industri tampil ke hadapan membuat tuntutan subsidi mereka. Kita juga telah menambah kakitangan di peringkat negeri supaya urusan tuntutan dapat diperbaiki, dipercepatkan dan berjalan lancar.
"Selepas tarikh itu masih boleh diproses. Sebelum ini kelulusan berperingkat tapi kali ini peringkat negeri yang akan melakukan semakan dan semakan terakhir oleh ibu pejabat," katanya.
Jelasnya, setakat ini hanya RM71 juta subsidi telah dibayar walaupun sebanyak RM729.43 juta subsidi disediakan di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia sejak 5 Feb lepas, selaras penetapan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 per kilogram.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee (kiri) melawat ladang ternakan ayam ketika lawatan kerja rasmi ke Dinding Poultry Development Centre (DPDC), Segari, Manjung hari ini. - Foto BERNAMA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Bekalan, harga ayam stabil - Mohamad Sabu
Bekalan ayam pada masa ini adalah stabil dan faktor ini sekali gus menyumbang kepada kestabilan harga ayam semasa.

Bekalan ayam, daging cukup menjelang sambutan Aidilfitri - Mohamad
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan barangan asas seperti ayam dan daging mencukupi menjelang Ramadan serta sambutan Aidilfitri.

Kartel: Bekalan ayam cukup sehingga Ramadan, Aidilfitri - Mohamad Sabu
Jaminan itu disuarakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Penamatan subsidi ayam: Tiada kenaikan harga di tiga negeri pada hari pertama
Menerusi tinjauan pada Rabu, KPKM juga mendapati bekalan bahan mentah itu juga stabil dan mencukupi untuk keperluan pengguna.

Tiada laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang - DVS
DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

Bekalan telur dan ayam pulih - Mohamad Sabu
Bekalan telur dan ayam kini kembali pulih selepas melepasi tahap getir bekalannya, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

FAMA diarah selesaikan isu bekalan ayam tidak cukup di beberapa tempat
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) diminta untuk segera menyelesaikan isu kekurangan bekalan ayam di beberapa tempat bagi memastikan persiapan Aidilfitri tidak terjejas.

Ramadan, Aidilfitri: KPDN jamin bekalan ayam, telur mencukupi
Bekalan ayam dan telur ayam dijamin mencukupi sepanjang Ramadan sehingga menjelang perayaan Aidilfitri, demikian menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Bekalan ayam mencukupi sehingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara masih dijangka mencukupi sehingga menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri akhir bulan depan.

Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.