KOTA BHARU: Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi dalam menangani permintaan bahan makan ruji itu.
Ketua Pengarah LPP Datuk Azulita Salim berkata walaupun berdepan dengan cabaran seperti cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan bekalan beras agak terhad, tetapi ia tidak perlu dibimbangi rakyat kerana bekalan beras telah diedarkan mengikut lokasi yang terlibat.
"Pembelian memang kita hadkan untuk seorang pengguna hanya dua beg sahaja yang dibenarkan untuk dibeli, iaitu pek 20kg dengan harga kawalan RM26 untuk 10 kilogram (kg) setiap pek.
"Sebaik sahaja mendapat arahan daripada kementerian, kita terus hubungi pengilang untuk kita berikan lokasi yang ditetapkan sebagai usaha membantu rakyat menangani isu kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran ketika ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Jualan Agro MADANI Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Azulita berkata beras putih tempatan itu dibekalkan ke 40 premis di bawah LPP iaitu 23 Peladang Outlet (PO), lapan Agro Bazar Pertubuhan Peladang dan sembilan Kedai Peladang.
Sebelum ini, media melaporkan sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan mula diedar ke seluruh Semenanjung semalam menerusi program khas pengedaran dan penjualan beras putih tempatan terus kepada pengguna akhir melalui premis di bawah LPP dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di empat zon iaitu utara, tengah, selatan dan timur.
Jumlah pengedaran di bawah LPP untuk tempoh sehingga hujung tahun ini ialah 300 tan metrik, manakala FAMA (peroleh) 400 tan metrik.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2023

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Datuk Azulita Salim (dua, kiri) memeriksa beras tempatan yang dijual pada Jualan Agro MADANI Peringkat Jajahan Kota Bharu di Kompleks Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji, hari ini. - Foto Bernama
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.

Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
KPKT capai 93.9 peratus sasaran pembinaan rumah mampu milik
Sasaran Kerajaan MADANI membina 500,000 unit rumah mampu milik (RMM) dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) hampir tercapai, dengan 93.9 peratus atau 466,421 unit rumah telah siap, dalam pembinaan mahupun dalam proses memperoleh kebenaran perancangan setakat 31 Dis tahun lepas.
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
NASA naikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Jajaran Rel Selangor dibina berperingkat, dijangka sehingga 10 tahun
Pembinaan Jajaran Rel Selangor akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai fasa dan dijangka mengambil tempoh sehingga 10 tahun.

Sabah bakal perkenal program baharu bantu rakyat - Hajiji
Program itu dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, sebagai tambahan kepada pelbagai program bantuan sedia ada.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

LPP mahu perluas kerjasama dengan Jabatan Penjara dalam bidang penternakan
Lembaga Pertubuhan Peladang berhasrat memperluaskan lagi kerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia dalam membangunkan projek berkaitan aktiviti penternakan.

Pesawah kawasan LPP di Kedah rugi RM13.5 juta akibat banjir
Seramai 972 pesawah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di negeri ini mengalami kerugian kira-kira RM13.5 juta selepas kawasan tanaman padi seluas lebih 1,500 hektar ditenggelami banjir.

LPP akan mohon kuota tambahan beras putih tempatan
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan memohon kuota tambahan beras putih tempatan (BPT) sekiranya jumlah yang diperuntukkan tidak mencukupi.

Jualan Agro Madani: Buka peluang perkenal produk jenama Peladang
Menerusi Jualan Agro Madani ini juga pengguna memperolehi manfaat dengan kuasa beli yang mereka ada untuk mendapatkan barangan pada harga yang lebih rendah.

Ada letupan, kakitangan LPP terpaksa keluar dari bangunan
Kakitangan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan kerana dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan tersebut.

Bekalan beras cukup, rakyat diminta tidak buat pembelian panik - LPP
Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) memberi jaminan bahawa bekalan beras putih tempatan di negara ini mencukupi.

700 tan metrik beras tempatan diedar mulai Jumaat - LPP
Sejumlah 700 tan metrik beras putih tempatan akan mula diedar ke seluruh Semenanjung Jumaat ini, sebagai langkah awal intervensi dalam menangani permintaan bahan makan ruji negara itu.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM200 kepada pesawah, nelayan 10 April ini
Penyaluran bantuan kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan mula dibayar pada 10 April 2023.

Lembaga Pertubuhan Peladang N.Sembilan tanam kelapa di tanah adat terbiar
Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Sembilan mengusahakan penanaman kelapa di tanah adat terbiar seluas 21.04 hektar di Rembau bagi meningkatkan pendapatan ahlinya di negeri ini.

LPP import 4,536 metrik tan ayam dari Thailand, jadi stok pengimbal
Ia dijangka mampu menampung 20 peratus bekalan dalam negara menerusi pengimportan 4,536 metrik tan sumber protein berkenaan secara berperingkat dari Thailand.