ALOR SETAR: Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan oleh syarikat pembekal minyak masak bersubsidi.
Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Azman Adam berkata sehingga kini pengeluaran minyak masak subsidi masih kekal sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan.
Katanya, setiap bulan kerajaan akan mengagihkan kuota 60,000 tan metrik minyak masak berkenaan kepada pengilang sebelum ia diagihkan kepada syarikat pembekal dan pembungkus.
"Kebiasaannya, pada satu dan dua hari bulan, baru minyak masak ini dibungkus dalam peket sebelum ia diagihkan untuk dijual kepada pengguna. Proses ini mengambil masa sehari, dua sahaja setiap bulan dan itu perkara biasa jadi tidak timbul isu minyak masak peket tiada di pasaran.
"Kuota minyak masak subsidi yang ditanggung oleh kerajaan ini dijual dengan harga sangat rendah iaitu RM2.50 sepeket berbanding harga yang diapungkan, sebab itu ia mendapat permintaan tinggi daripada pengguna," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan sempena pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur di Pasar Basar Alor Setar yang turut dihadiri Ketua Setiausaha KPDNHEP Datuk Azman Mohd Yusof.
Sementara itu, Azman menegaskan bahawa tiada sebab untuk peniaga-peniaga menjual ayam melebihi harga siling RM9.40 yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutamanya di kawasan luar bandar.
"Sepatutnya tidak timbul isu perbezaan harga jualan ayam di bandar dan luar bandar kerana mekanisme harga yang ditetapkan oleh kerajaan telah mengambil kira margin keuntungan yang mencukupi untuk setiap peringkat.
"Kalau benar-benar berlaku perbezaan harga terutamanya di kawasan luar bandar, KPDNHEP mengalu-alukan aduan daripada pengguna. Berikan maklumat lengkap termasuk harga dan tempat jualan bagi membolehkan tindakan segera diambil," katanya.
Menurutnya, semalam sebanyak 1,873 premis yang menjual ayam, telur dan minyak masak telah diperiksa dan tiada kes yang membabitkan penjualan melebihi harga kawalan dikesan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 02 2022

Katanya, sehingga kini pengeluaran minyak masak subsidi masih kekal sebanyak 60,000 tan metrik setiap bulan.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Operasi Kita Gempur: KPDN kesan peniaga sorok bekalan minyak masak peket
Tindakan peniaga menyorokkan bekalan minyak masak peket bersubsidi adalah antara kesalahan yang dikesan dalam Operasi Kita Gempur.

Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.

KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.

Guna ID cetus pelbagai persoalan
Penganalisis ekonomi menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.

Syed Saddiq terjah pasar raya, kedai 'cari' beras, minyak peket
Syed Saddiq bertanya peruncit mengenai minyak masak peket bersubsidi dan menggesa bekalan tersebut diletakkan untuk dibeli pengguna.

Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.

KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.

Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.

KPDN Negeri Sembilan rampas 5,015kg minyak peket
Empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan untuk membantu siasatan.