BUKIT MERTAJAM: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menafikan sumber bekalan telur ayam di negeri itu semakin berkurangan sejak minggu lepas sebaliknya ia mencukupi.
Pengarahnya Mohd Ridzuan Ab Ghafar berkata berdasarkan pemantauan pihaknya bekalan telur ayam mencukupi sepanjang bulan Ramadan ini terutama untuk menampung permintaan tinggi daripada peniaga dan pengusaha kuih raya.
"Setakat ini, kami tidak terima sebarang aduan berkenaan kekurangan bekalan telur ayam dan ayam...kedua-duanya adalah barangan kawalan serta perlu dijual dengan harga yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
"Jika pengguna atau orang ramai yang mendapati tiada bekalan untuk telur ayam atau ayam di negeri ini, mereka boleh membuat aduan terus kepada KPDNHEP Pulau Pinang supaya tindakan segera dapat diambil tetapi setakat ini berdasarkan pemantauan kami, tiada masalah kekurangan bekalan," katanya kepada pemberita selepas Ops Pantau di Bazar Ramadan Masjid Perda, di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar melaporkan pemborong telur ayam di Pulau Pinang mula resah memikirkan tentang sumber bekalan itu dikatakan semakin berkurangan sejak minggu lepas sehingga tidak dapat memenuhi permintaan separuh daripada pelanggan tetapnya.
Seorang pemborong telur ayam di daerah Barat Daya yang mahu dikenali sebagai Zul, 42, dilaporkan berkata dia perlu mengutamakan pelanggan tetap iaitu peniaga runcit, pasar awam, pasar raya dan pembuat kek dengan jumlah tempahan terpaksa dihadkan.
Sementara itu, Mohd Ridzuan berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan berhubung kenaikan harga ayam yang ditetapkan RM8.90 sekilogram, seperti berlaku di beberapa negeri lain ketika bulan Ramadan ini berikutan permintaan tinggi daripada pengguna.
"Setakat ini, kami lihat harga ayam dijual masih mengikut harga ditetapkan... penguat kuasa KPDNHEP sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi harga ditetapkan dan tidak berlaku kenaikan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata 121 penguat kuasa KPDNHEP Pulau Pinang terlibat dalam Ops Pantau di 74 buah bazar Ramadan di sekitar negeri itu sepanjang bulan puasa ini bagi mempertingkatkan keberadaan anggota di lokasi tumpuan pengguna.
Katanya, operasi itu turut dijalankan di pasar basah, pasar tani, pasar malam, pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan pengguna mudah mendapatkan bekalan makanan serta keperluan harian pada harga munasabah serta tiada unsur pencatutan dilakukan peniaga dalam penetapan harga barangan dan perkhidmatan mereka.
"Sejak 3 April hingga semalam, sebanyak 749 premis telah diperiksa dengan dua kes diambil tindakan menurut Akta Timbang Sukat 1972 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 membabitkan nilai kompaun RM700," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 06 2022
![Bekalan telur ayam di Pulau Pinang mencukupi Bekalan telur ayam di Pulau Pinang mencukupi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/81644049575_Telur.jpg)
Menurut laporan akhbar, pemborong di Pulau Pinang mula resah memikirkan tentang sumber bekalan telur ayam yang dikatakan semakin berkurangan sejak minggu lepas. - Gambar hiasan
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696147344_TBSaifuddinNasution.jpg)
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
![Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688719258_courtgavelmahkam.jpg)
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
![Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683694643_MahkamahKualaLumpu.jpg)
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
![Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin Naikkan harga gula: Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/71686648960_SalahuddinAyub.jpg)
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
![Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81671518859_SalahuddinAyub.jpg)
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
![KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670925628_AzmanAdam.jpg)
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
![Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71670820172_menyelewengdiesel.jpg)
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
![KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670483969_KPDNKSH.jpg)
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
![Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis' Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670223667_TBTELURKOTOR.jpg)
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
![Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41669895909_cookingoilminyak.jpg)
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.