SHAH ALAM: Keberadaan bekalan telur ayam dalam pasaran di Selangor disifatkan konsisten dan tidak mengalami kehabisan bekalan dalam tempoh masa yang lama, kata Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) Selangor Mohd Khairi Jamaludin.
Beliau dalam kenyataan hari ini berkata sekalipun terdapat masalah kehabisan bekalan telur ayam, ia bersifat sementara dan berlaku secara lokaliti yang kebiasaannya bekalan pulih semula dalam tempoh yang munasabah.
"Tidak dinafikan, terdapat situasi belian telur terhad kepada pilihan gred, jenis dan bilangan telur ayam (10 biji atau 30 biji). Walaupun berlaku limitasi pembelian, prestasi keberadaan bekalan telur ayam di Selangor tidak kritikal dan masih berupaya menampung keperluan pembeli," katanya.
Justeru, katanya KPDNKSH Selangor meminta kerjasama pengguna membeli mengikut keperluan dan tidak sesekali membuat pembelian panik dengan menyimpan stok berlebihan daripada keperluan biasa.
Ini ditambah, menurutnya apabila melibatkan barangan mudah rosak atau mempunyai jangka hayat baik dimakan yang pendek seperti telur ayam.
Bagi keberadaan bekalan minyak masak peket satu kilogram pula, Mohd Khairi berkata hasil pemeriksaan yang dijalankan pada hari ini menunjukkan bekalannya stabil dan tiada isu kekurangan bekalan untuk menampung keperluan pengguna isi rumah di negeri ini.
"Arahan kerajaan yang menetapkan setiap pembelian terhad kepada tiga peket adalah rasional demi memastikan setiap pembeli untuk kegunaan isi rumah dapat menikmati bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran. Bekalan ayam standard juga semakin baik," katanya.
Mohd Khairi memaklumkan KPDNKSH Selangor mengatur gerak kerja secara terancang berdasarkan lokaliti dengan kapasiti 195 penguat kuasa serta 67 pegawai pemantau harga bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan secara harian terhadap harga serta keberadaan bekalan barangan keperluan asas pengguna di setiap rantaian pengedaran di negeri itu.
Katanya 6,635 premis diperiksa sejak 5 Feb hingga 3 Dis lepas berkaitan pelaksanaan penentuan harga maksimum ayam dan telur ayam, dengan 183 peniaga dikesan melakukan kesalahan iaitu menjual melebihi harga maksimum sebanyak 28 kes, gagal meletakkan tanda harga khas warna merah jambu (144 kes), gagal mempamerkan tanda harga (11 kes) dengan RM42,400 kompaun dikenakan.
--BERNAMA
Bernama
Mon Dec 05 2022
Pelanggan membeli telur ayam omega yang terdapat di pasaran ketika tinjauan di sebuah pasar raya. - Foto BERNAMA
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Projek itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.
Rancangan peluasan Israel jejas kestabilan Asia Barat, kata Pakistan
Pakistan menggesa pelaksanaan "gencatan senjata segera dan penuh."
Gencatan senjata: Malaysia bincang dengan Jepun, segerakan pembangunan semula Gaza
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akan menghubungi rakan sejawatannya Shigeru Ishiba hari ini untuk membincangkan perkembangan mutakhir itu.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
SEZ Johor-Singapura, eratkan lagi integrasi dalam ASEAN - PM Anwar
JS-SEZ adalah inisiatif unik apabila kedua-dua negara bekerjasama membantu mempromosikan kedua-dua negara dan menarik pelaburan.
#AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 16 Januari 2025
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
1️⃣ Tiga pekerja restoran pengsan
2️⃣ Empat individu dituduh edar, miliki dadah lebih 100kg dadah
3️⃣ MINDEF akan pastikan tiada ketegangan elak konflik serantau
#awaniringkas
AWANI Sabah+ | Setiap Khamis & Jumaat 8:25 Malam
Merentasi Laut China Selatan, hingga ke puncak Kinabalu. Kami bawakan lapopran ringkas, padat dan komprehensif. 5 minit AWANI Sabah+, setiap Khamis dan Jumaat 8:25 malam hanya di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Tiga pekerja restoran pengsan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fasa Gencatan Senjata
Berikut adalah info berkenaan dengan fasa perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Penurunan harga telur: Peniaga lega, bantu kurangkan kos operasi
Penurunan harga runcit telur ayam memberi peluang kepada peniaga khususnya penjual makanan meraih sedikit keuntungan.
Johor kerjasama dengan FAMA wujudkan mekanisme pembayaran tanpa tunai BRAJ
Langkah itu dapat membezakan pembelian rakyat tempatan dan warga asing khususnya Singapura yang turut berbelanja di bazar berkenaan.
Syarikat peruncit didakwa jual telur ayam gred B melebihi harga maksimum
Syarikat peruncit Kumpulan Usaha Keluarga Jaya Sdn Bhd dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual telur ayam gred B melebihi harga maksimum pada awal tahun ini.
Harga siling ayam, telur kekal sehingga selepas Aidilfitri - Salahuddin
KPDN beri jaminan bahawa bekalan ayam dan telur mencukupi serta dijual mengikut harga siling yang ditetapkan, sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.
Menyamar kapten tentera tipu jual telur, suami isteri didakwa
Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu pembekalan 4,245 papan telur ayam tidak wujud, hujung tahun lalu.
Lebih 18 juta telur ayam diedarkan FAMA sejak November 2022
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah mengedarkan sebanyak 18.06 juta biji telur ayam untuk dipasarkan melalui 368 outlet peruncitannya sejak November tahun lepas hingga hari ini.
Pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara beransur stabil - Mohamad
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menjangkakan pengeluaran bekalan telur ayam dalam negara kembali pulih menjelang hujung tahun ini.
Subsidi telur ayam diteruskan hingga Jun dengan kos RM1.28 bilion
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan meneruskan penyediaan subsidi bagi telur ayam sehingga Jun 2023 melibatkan kos sebanyak RM1.28 bilion.
Bekalan ayam, telur mencukupi menjelang Ramadan - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengesahkan bahawa bekalan ayam serta telur di Malaysia adalah mencukupi bagi menampung permintaan tinggi menjelang bulan Ramadan ini.
Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0
Pengunjung sanggup beratur seawal 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.