Bekalan ubat-ubatan dijamin mencukupi sepanjang musim banjir walaupun terdapat beberapa klinik dilapor ditenggelami air, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.
Beliau berkata sekurang-kurangnya dua klinik dimasuki air sehingga paras dada di sekitar Kelantan sejak beberapa hari lepas namun sebahagian perkakasan perubatan di dalam bangunan terlibat sempat dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
"Saya akan meninjau lokasi kejadian Isnin ini untuk meninjau keadaan klinik berkenaan bagi mendapat maklumat lanjut mengenai kerosakan dan sebagainya selain melawat mangsa banjir di sana," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan pakaian sekolah peringkat Parlimen Balik Pulau dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini pada Sabtu.
Katanya klinik sementara akan ditempatkan di pusat pemindahan yang mempunyai lebih 1,000 mangsa banjir dengan lima petugas kesihatan akan ditugaskan pada satu masa secara bergilir-gilir.
"Mereka terdiri daripada seorang doktor, dua pembantu perubatan serta dua jururawat dan bilangan itu akan ditambah mengikut keperluan," katanya.
Dr Hilmi berkata klinik bergerak menggunakan bot serta kenderaan pacuan empat roda turut akan melakukan rondaan berjadual bagi memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan.
Beliau turut menasihat pesakit yang perlu menggunakan ubat secara berterusan mendapatkan bekalan ubat tambahan untuk sepanjang tempoh musim banji sebagai persiapan awal.
Terdahulu dalam program berkenaan 600 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima bantuan persekolahan berbentuk baucar bernilai antara RM100 dan RM120 setiap seorang.
Bernama
Sat Dec 20 2014
Dr Hilmi berkata klinik bergerak menggunakan bot serta kenderaan pacuan empat roda turut akan melakukan rondaan berjadual bagi memberi bantuan segera kepada mereka yang memerlukan. - Gambar Fail
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
AWANI Tonight | 20 Jan 2025
KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.
Sze Fei-Nur Izzuddin disaran lebih selektif pilih kejohanan - Razif
Beregu nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disaran supaya hanya mengambil bahagian dalam kejohanan peringkat tertinggi yang berstatus sekurang-kurangnya Super 750.
Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.
AWANI Tonight: Will tariffs take centre stage in Trump’s first 100 days?
Southeast Asian companies are preparing for the impact of stricter tariffs under Donald Trump’s second term, and Malaysia is no exception. Astro AWANI correspondent Faye Kwan looks at the implications ahead of his inauguration with Prof Saeed Khan from Wayne State University.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pemimpin kehakiman perlu berani, teguh tegakkan keadilan - Tengku Maimun
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menekankan kepentingan pemimpin kehakiman mengekalkan keberanian dan keteguhan dalam memperjuangkan keadilan.
Ibu tiga kali buat laporan polis, dakwa anak dipukul guru
Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya dipukul guru sehingga menyebabkan kecederaan fizikal pada badan, tapak tangan dan kepala.
Polis minta bantuan kesan remaja perempuan hilang di Karak
Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang di Karak, Bentong pagi tadi.
Korea Selatan: Yoon dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dipindahkan ke sel persendirian di Pusat Tahanan Seoul selepas ditahan secara rasmi hujung minggu lalu, menurut seorang pegawai penjara pada Isnin.
Bekalan ubat mencukupi sepanjang musim banjir - Dr Hilmi
Bekalan ubat-ubatan dijamin mencukupi sepanjang musim banjir walaupun terdapat beberapa klinik dilapor ditenggelami air, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.