MELAKA: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia hari ini.
Allahyarham yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka sekitar 1.04 tengah hari tadi pada usia 65 tahun.
Perkara itu disahkan Ketua Pemuda UMNO Melaka, Fairul Nizam Roslan yang juga calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, ketika dihubungi Astro AWANI.
“Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan COVID-19 dan saya ada hubungi pihak hospital untuk dapatkan pengesahan dan dimaklumkan beliau baharu sahaja meninggal dunia.
“Seluruh barisan kepimpinan BN negeri khususnya pemuda menzahirkan takziah dan semua agenda di DUN Asahan ini akan saya teruskan,” katanya ringkas.
Abdul Ghafaar sebelum ini disahkan positif COVID-19 sebelum ditidurkan berikutan keadaan kesihatannya semakin menurun dan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.
Bekas ADUN Asahan itu tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 20 November ini.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan lapan orang anak.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Nov 17 2021

Allahyarham yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka sekitar 1.04 tengah hari tadi pada usia 65 tahun.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Bekas ADUN Asahan, Abdul Ghafaar Atan meninggal dunia
Allahyarham yang juga bekas Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka.