MACHANG: Terkesan dengan kesusahan yang dialami penduduk ekoran penularan pandemik COVID-19, telah mendorong seorang bekas ahli Al-Maunah menjadikan satu sudut di kedai jahitnya di Pulau Chondong, di sini sebagai lokasi gerobok rezeki.
Che Sabri Che Jaafar, 51, berkata beliau tampil secara sukarela menguruskan bank makanan itu sejak dua minggu lepas, bagi membolehkan penduduk sekitar mengambil barangan keperluan asas secara percuma.
Beliau berkata gerobok rezeki itu menyediakan barangan termasuk gula, beras, telur, minyak masak, sardin dan keperluan lain yang dibekalkan secara berkala oleh seorang kenalan Nik Mokhtar Md Rashid, 41.
"Saya berasa terpanggil untuk sama-sama merealisasikan hasrat kenalan saya mewujudkan bank makanan dengan menawarkan kedai jahit yang terletak berdekatan Pasar Pulai Chondong sebagai lokasi gerobok rezeki.
"Walaupun menguruskannya secara sukarela tanpa bayaran saya tidak kisah, sebaliknya berasa gembira kerana secara tidak langsung saya dapat terlibat dengan kerja-kerja kebajikan membantu orang ramai yang dalam kesusahan semasa pandemik ini," katanya ketika ditemui pemberita di kedai jahitnya di Pulai Chondong, di sini hari ini.
Bercerita lanjut, Che Sabri berkata gerobok rezeki itu dibuka setiap hari kecuali pada Jumaat, iaitu bermula pukul 8 pagi sehingga 5 petang.
"Hampir setiap hari sekitar 20 hingga 30 penduduk dari sekitar Machang datang mengambil barangan keperluan yang disediakan. Malah, ada juga penduduk yang mungkin terdesak datang pada waktu malam.
"Rata-rata mereka yang datang disebabkan terjejas pendapatan atau hilang pekerjaan memandangkan kebanyakan penduduk di sini bekerja di kuari, yang menghentikan sementara operasinya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
Sementara itu, Nik Mohktar yang juga seorang pembekal tong gas di Machang berkata idea untuk mewujudkan gerobok rezeki adalah susulan usahanya menyediakan bakul makanan untuk penduduk yang terjejas pada Ramadan lepas.
"Ketika itu saya membuat bakul makanan menggunakan wang simpanan sendiri sebanyak RM2,000 dan dimuat naik di laman Facebook.
"Tidak sangka pula usaha itu menarik perhatian ramai kenalan untuk turut menyumbang sehingga berjaya mengumpul sebanyak RM4,000. Dengan wang itu saya dapat membuat lebih banyak bakul makanan dan dimanfaatkan oleh kira-kira 300 keluarga," katanya.
Beliau berkata, kaedah yang sama digunakan bagi mewujudkan gerobok rezeki kali ini selepas terkesan dengan keluhan penduduk yang menyatakan tidak memperoleh bantuan ketika tempoh pandemik ini.
"Stok bekalan di gerobok rezeki itu ditambah dua kali sehari. Untuk tempoh dua minggu ini saya telah membelanjakan kira-kira RM2,500, yang pada awalnya menggunakan wang simpanan sendiri sebanyak RM1,600 sebelum tampil rakan-rakan lain menghulurkan sumbangan," katanya yang akan meneruskan gerobok rezeki itu sehingga pandemik COVID-19 ini kembali reda," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021

Bekas ahli Al Maunah Che Sabri Che Jaafar (kiri) bersama pembekal tong gas di daerah itu Nik Mokhtar Md Rashid (tengah) membantu memasukkan barang keperluan yang diperlukan Zurani Yajid (kanan) yang terjejas akibat COVID-19. - fotoBERNAMA

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

COVID-19: Lebih 30,000 PMKS ditubuhkan tahun 2021 - Exco Perak
Lebih 30,000 syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) didaftarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Perak tahun lalu.

Kerajaan teruskan inisiatif LITB sehingga sempadan dibuka sepenuhnya - PM
Sehingga kini, tiada kluster berpunca dari LITB, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Kerajaan optimis Fasa Satu Pan Borneo Sarawak siap hujung tahun ini - Fadillah
Kerajaan optimis mampu menyiapkan dan membuka keseluruhan Fasa Satu projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak pada hujung tahun ini.

WEF: Usaha sama antara negara, satu-satunya cara banteras COVID-19 - Xi Jinping
Kerjasama antara negara akan membuka ruang inovasi, kajian serta membangun dunia dalam fasa pasca-COVID-19.

Hari Malaysia: Bermuafakat akhiri pandemik sebagai sebuah keluarga Malaysia
Semangat rakyat Malaysia dalam membuktikan komitmen, kesetiaan serta kesepakatan terus berkobar dan membara dalam usaha memutuskan rantaian.

Ismail Sabri angkat sumpah PM ke-9: Istana Negara, Menara Dato' Onn jadi tumpuan esok
Esok rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen bagi menyaksikan lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Datuk Seri Ismail Sabri.

16 lagi varian Delta dikesan di Sarawak
Sarawak hari ini mengesahkan 16 varian Delta dikesan di Kuching pada 4 Julai lalu.

Pendirian UMNO Sabah junjung mandat rakyat - Hajiji
Mandat rakyat Sabah yang memilih GRS sebagai kerajaan harus dijunjung sepenuhnya bagi keluar dari krisis pandemik COVID-19.

Fasa endemik COVID-19 kemungkinan lebih lama daripada H1N1 - Pakar Kesihatan
Sekiranya dibandingkan dengan H1N1, kadar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia adalah lebih tinggi.

Majlis Islam Sarawak tangguh ibadat korban tahun ini
Majlis Islam Sarawak hari ini memutuskan penangguhan pelaksanaan ibadah korban bagi tahun 1442H/2021M.