NEW YORK: Seorang bekas pengaturcara komputer Agensi Perisikan Pusat (CIA) dijatuhi hukuman penjara 40 tahun semalam kerana membocorkan alat penggodaman paling berharga agensi pengintip Amerika Syarikat (AS) kepada WikiLeaks.
Memetik BBC, Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar CIA sebagai 'Pearl Harbor digital' iaitu pelanggaran data terbesar dalam sejarah agensi perisikan itu.
Schulte juga didapati bersalah memiliki imej pornografi kanak-kanak..
Pendakwa menuduhnya membocorkan alat "Vault 7" CIA, yang membolehkan pegawai perisik menggodam telefon pintar dan menggunakannya sebagai alat pendengar suara.
Pihak pendakwa memaklumkan bahawa pembocoran ini merupakan salah satu tindakan paling "berani" dalam sejarah Amerika Syarikat.
Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memaklumkan, Schulte yang berusia 35 tahun, berkongsi kira-kira 8,761 dokumen kepada Wikileaks pada tahun 2017 sekali gus menjadi pelanggaran data terbesar dalam sejarah CIA.
Beliau menafikan tuduhan itu, tetapi disabitkan kesalahan dalam beberapa perbicaraan persekutuan berasingan di New York pada tahun 2020, 2022 dan 2023.
Hakim Daerah AS, Jesse Furman, menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun kepada Schulte kerana mengintip, menggodam komputer, menghina mahkamah, membuat kenyataan palsu kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan pornografi kanak-kanak.
Menurut dokumen mahkamah, Schulte bekerja untuk unit penggodaman elit CIA dari 2012 hingga 2016, ketika secara senyap mengambil alat siber yang digunakan untuk menceroboh sistem komputer dan teknologi. - BBC
Agensi
Fri Feb 02 2024

Schulte yang berusia 35 tahun, berkongsi kira-kira 8,761 dokumen kepada Wikileaks pada tahun 2017 sekaligus menjadi pelanggaran data terbesar dalam sejarah CIA.- Reuters

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Bekas anggota CIA dipenjara, bocor rahsia ke WikiLeaks
Joshua Schulte didapati bersalah atas tuduhan pengintipan dan lain-lain kesalahan pada 2022, dalam tragedi yang digelar 'Pearl Harbor digital.'

Ketua CIA adakan lawatan sulit ke Ukraine
Pengarah CIA William Burns bertemu dengan Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pegawai perisikan tertinggi Ukraine pada Jun lalu.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Dakwaan Kim Jong Un koma meragukan - Penganalisis
Tiada petunjuk jelas bahawa Jong Un sedang koma atau sakit pada masa ini.

Desas-desus adik bakal ganti Kim Jong-un, AS kumpul maklumat mengenai Kim Yo Jong
Untuk rekod, Jong-un tidak muncul di khalayak ramai sejak mempengerusikan mesyuarat bersama Parti Politburo, 11 April lalu.

Ukraine dakwa tangkap komander tertinggi Daish
Badan itu menerusi kenyataan di Facebook pada Jumaat memaklumkan, Al Bar Shishani, yang merupakan warga Georgia, ditahan di wilayah Kyiv.

LTTE antara kumpulan pemberontak paling ganas - Pakar Keselamatan
Pemberontak Tamil Eelam (LTTE) merupakan badan perjuangan pemberontak paling ganas di dunia.

Abang tiri Kim Jong-un pemberi maklumat kepada CIA?
Laporan itu selanjutnya memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu sebagai berkata, terdapat rangkaian yang rapat antara Jong Nam yang telah terbunuh di Malaysia pada 2017, dan CIA.

Meskipun sedikit terlewat, CIA umum bakal miliki akaun Instagram
Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) bakal melancarkan akaun Instagram.

Dakwaan kerjasama Pakatan Harapan dengan IRI perlu disiasat - Najib
Perlu ada siasatan rapi mengenai dakwaan yang mengatakan Pakatan Harapan telah bekerjasama dengan Institut Republikan Antarabangsa di AS.