Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin atau dikenali sebagai Akel Zainal yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada rakan sejawatannya serta sumber rakyat Malaysia di Syria, Akel Zainal, 39, dan seorang lagi militan Daish, Mohd Rafi Udin, 53, maut dalam serangan udara Rusia di Syria pada Januari dan Mac lepas.
“Kami menerima maklumat bahawa rumah Akel di Baghouz terkena serangan bom dari udara pada Mac lalu,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata turut terbunuh dalam serangan udara itu ialah isteri Akel Zainal dan dua anaknya berusia dua serta tiga tahun selain seorang pejuang IS warga Belgium.
Akel Zainal dilaporkan menyertai Daish sejak tercetusnya konflik di Syria malah turut ke sana untuk menyertai perang sejak 3 Jan 2014.
Dia dipercayai pejuang Daish dari Malaysia paling kanan yang bergerak di Syria dan telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa Malaysia sebagai individu yang bertanggungjawab dalam beberapa rancangan untuk melakukan serangan keganasan di dalam negara.
Ayob Khan berkata Mohd Rafi Udin yang juga dikenali sebagai Abu Awn Al-Malizi merupakan bekas pengikut kanan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) maut dalam serangan udara Rusia pada Januari lepas.
Mohd Rafi menyertai Jemaah Islamiyah (JI) sebelum ke Syria untuk menyertai Daish dan pernah muncul dalam video IS pada 2016 dengan menyeru serangan terhadap kerajaan sekular dan pemimpinnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 13 2019

Turut terbunuh dalam serangan udara itu ialah isteri Akel Zainal dan dua anaknya berusia dua serta tiga tahun selain seorang pejuang IS warga Belgium. - Foto fail BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Bekas anggota kumpulan Ukays, Akel Zainal disahkan terbunuh di Syria
Bekas anggota kumpulan rock Ukays, Wan Mohd Aquil Wan Zainal Abidin yang menyertai kumpulan militan Daish di Syria disahkan terbunuh dalam serangan udara di negara itu, awal tahun ini.

Tujuh ditahan terlibat dengan kumpulan pengganas
PDRM telah melancarkan operasi di Kelantan, Selangor, Sabah dan Kedah antara 19 hingga 28 November lalu.