SEREMBAN: Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran tidak wujud melibatkan kerugian hampir RM20,000 bulan lepas.
Tertuduh, Mohamad Norikhwan Adha Mohamad Soffian, 26, membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosni.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya seorang lelaki dengan membuat pembayaran tidak wujud secara dalam talian berhubung pembelian sebuah motosikal Yamaha 125ZR berjumlah RM10,500 sehingga mendorong lelaki berkenaan menyerahkan motosikal tersebut.
Pertuduhan kedua hingga keempat pula, tertuduh didakwa memperdaya tiga mangsa berasingan berhubung pembelian tiga jenis telefon bimbit iPhone 13 Pro Max bernilai RM3,750, iPhone 12 Pro Max (RM2,550) dan iPhone 11 beserta 11 barangan telekomunikasi bernilai RM2,569.
Tertuduh sama turut didakwa memperdayakan seorang lagi mangsa dengan membuat pembayaran secara dalam talian yang tidak wujud untuk pembelian pakaian lelaki bernilai RM507.50.
Kesemua perbuatan berkenaan didakwa dilakukan pada 17 hingga 18 Mei lepas antara jam 5.02 petang hingga 7.36 malam di sekitar kawasan Nilai.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Tertuduh yang diwakili peguam Syed Fadil Syed Othman dan M Parameswari dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam rayuannya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara paling minimum memandangkan tertuduh tidak bekerja dan perlu menanggung ibu bapanya yang uzur, isteri dan seorang anak.
Selain itu katanya, sekiranya tertuduh dikenakan hukuman penjara, tertuduh memohon untuk dihantar ke penjara Tapah, Perak kerana keluarganya berada di sana.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Muhaimin Mohd Azman dan Nik Nur 'Aqilah Syarfa Nik Zaidi.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama enam bulan terhadap tertuduh dari tarikh sabitan.
Dalam mahkamah sama, tertuduh bersama Muhammad Asyraf Zaini, 27, dan Abdul Rahman Zaini, 30, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu anggaran berat 6.30 gram di sebuah rumah beralamat di Taman Desa Palma, dekat Nilai, jam 10 pagi, 16 Jun lalu.
Justeru, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta yang sama.
Ketiga-tiga tertuduh diberi jaminan sebanyak RM3,000 seorang dan sebutan semula kes ditetapkan pada 21 Ogos depan. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 21 2023

Tertuduh diiringi anggota polis sebaik tiba di pekarangan mahkamah. - Foto Sinar Harian

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Bekas anggota TLDM calon PN bagi PRK Nenggiri
Bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Mohd Rizwadi Ismail dinamakan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bulan depan.

Bekas anggota TLDM dipenjara enam bulan tipu pembayaran tak wujud
Bekas anggota TLDM dipenjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan memperdayakan lima mangsa dengan membuat pembayaran tidak wujud.