GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang menahan 11 individu termasuk seorang bekas ahli politik kerana disyaki terlibat dengan sindiket pemerdagangan orang yang berselindung di sebalik pusat pemulihan alkohol dan dadah di negeri itu pada Khamis lepas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, ahli politik berusia 50-an itu ditahan selepas pusat pemulihan di daerah Seberang Perai Selatan (SPS) itu diserbu sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menerusi Op Pintas yang dijalankan sekitar pukul 12.10 tengah malam.
Dalam serbuan itu, tujuh individu disyaki mangsa pemerdagangan orang berjaya diselamatkan dan seorang lelaki turut ditahan.
Polis kemudian membuat tangkapan susulan di Kedah dan di daerah Timur Laut sekali gus berjaya menyelamatkan keseluruhan mangsa seramai 13 individu berusia antara 22 hingga 62 tahun .
Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, siasatan mendapati sindiket berkenaan yang beroperasi hampir dua tahun lalu itu menyasarkan individu yang mempunyai masalah ketagihan dadah dan alkohol.
Pemeriksaan fizikal pihak polis mendapati kebanyakan mangsa mempunyai kesan kecederaan akibat dipukul
“Ia adalah pusat pemulihan yang dikatakan bagi mendapat rawatan, tetapi mereka ini sebaliknya telah digunakan sebagai buruh dan dari soal siasat, soal selidik mereka ini tidak mendapat rawatan, sebaliknya, diseksa ada di antara mereka pulang dan diambil semula untuk kembali ke pusat pemulihan ini kononnya (untuk) menerima rawatan tetapi digunakan dalam apa jua aktiviti perniagaan yang memerlukan buruh mereka ini akan disalah gunakan,” kata Mohd Shuhaily dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di sini, hari ini.
Beliau turut memberitahu, siasatan turut mendapati, bekas ahli politik terbabit merupakan pengasas pusat pemulihan, bagaimanapun, polis masih menyiasat mengenai pemilikannya.
“Salah seorang yang kita tahan adalah bekas ahli politik yang telah bertanding pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) di peringkat Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri), namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.
“Saya tidak mahu isu ini dipolemikan, tangkapan bermula selepas daripada siasatan yang menunjukkan ada kesalahan anti pemerdagangan manusia,” jelas beliau lagi.
Dalam perkembangan sama, Mohd Shuhaily berkata, ada waris yang membayar antara RM1,200 hingga RM1,500 bagi membolehkan mangsa menjalani pemulihan di pusat rawatan yang tidak berdaftar itu.
Dalam serbuan itu, beberapa barangan dirampas antaranya rotan, rantai besi beserta mangga, paip pvc, besi penyambung katil, komputer riba, telefon bimbit, dokumen dan jaring besi bersama kad penghuni.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Oct 31 2022

Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain (dua dari kanan) menunjukkan antara barangan rampasan daripada sindiket pemerdagangan orang dalam sidang media di George Town, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas calon PRU14 antara 11 ditahan terlibat sindiket pemerdagangan orang
Bekas ahli politik itu bertanding di peringkat Parlimen dan DUN pada PRU14, namun, kalah dan hilang wang pertaruhan.