KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengaku di Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau berada 'sedikit' di bawah kawalan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.
Mohd Hazem Abd Rahman, 49, bersetuju dengan cadangan yang diutarakan oleh peguam Mardhiyah Siraj bahawa adalah jelas beliau dan bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir berada di bawah kawalan Jho Low kerana mereka melaksanakan arahannya semasa bermesyuarat dengan firma perakaunan KPMG Malaysia pada 2013.
"Ya, sedikit," katanya ketika disoal balas oleh Mardhiyah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak pada perbicaraan kes bekas Perdana Menteri itu membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Mardhiyah merujuk saksi pendakwaan ke-10 itu kepada perenggan dalam penyataan saksi Mohd Hazem di mana beliau menyatakan bahawa Jho Low telah menge-mel satu 'pakej taklimat' kepada beliau, Azmi dan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Terence Geh sebelum mesyuarat pada 2013.
Pakej taklimat itu mengandungi penjelasan Jho Low yang menekankan mengenai jawapan kepada isu yang dibangkitkan oleh KPMG dan strategi yang perlu diikuti oleh wakil 1MDB semasa mesyuarat tersebut.
KPMG dilantik sebagai juruaudit 1MDB bagi tahun kewangan 2010, 2011 dan 2012 tetapi telah dipecat pada 2013 selepas enggan menandatangani akaun kewangan 1MDB bagi tahun 2013.
Disoal lanjut, Mohd Hazem bagaimanapun tidak bersetuju bahawa beliau, Azmi dan Geh telah mengikuti arahan e-mel Jho Low yang merugikan 1MDB.
Peguam itu juga mencadangkan kepada saksi bahawa sebab mengapa beliau sebagai CEO 1MDB terpaksa bergantung kepada e-mel Jho Low ialah kerana beliau bersubahat dengan ahli perniagaan itu untuk menyembunyikan beberapa fakta daripada firma perakaunan tersebut dan lembaga pengarah 1MDB yang disangkal oleh Mohd Hazem.
Mardhiyah: Mengapa pihak pengurusan (1MDB) tidak dapat memenuhi permintaan KPMG? Mengapa anda tidak boleh memberikan maklumat kepada juruaudit anda? Mengapa perlu bergantung kepada Jho Low dan e-melnya?
Mohd Hazem: Seperti yang saya nyatakan sepanjang prosiding perbicaraan ini, saya bergantung kepada pasukan kewangan dan maklumat yang diberikan oleh Jho Low.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021

Bekas CEO 1MDB, Mohd Hazem Abd Rahman, mengaku bahawa beliau berada 'sedikit' di bawah kawalan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low. - Gambar fail/BERNAMA

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

Bekas CEO 1MDB mengaku berada 'sedikit' di bawah kawalan Jho Low
Bekas CEO 1MDB mengaku bahawa beliau berada 'sedikit' di bawah kawalan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low.

"Saya percaya UMNO peroleh manfaat daripada 1MDB" - Bekas CEO
Bekas CEO 1MDB Mohd Hazem Abd Rahman mengulangi pendiriannya bahawa beliau masih percaya UMNO telah mendapat manfaat daripada syarikat itu.

Jho Low orang kanan Najib, wakil PM atur keputusan, kewangan 1MDB - saksi
Mohd Hazem Abdul Rahman, 47, saksi pendakwaan ke-10 menyatakan enam alasan mengapa beliau berpendapat sedemikian.

1MDB syarikat jaga kepentingan Najib untuk jana dana UMNO - Bekas CEO 1MDB
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa 1MDB adalah syarikat untuk menjaga kepentingan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bagi menjana dana untuk parti UMNO.

Arul Kanda bantah permohonan Najib tangguh perbicaraan
Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy membantah permohonan bekas perdana menteri itu untuk menangguhkan perbicaraan yang dijadual bermula Isnin ini.