Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia X, Azran Osman Rani yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kini sudah sedar sepenuhnya.
Menurut sumber, Azran tidak mengalami kecederaan yang teruk di bahagian kepala dan tiada kesan trauma pada bahagian tulang belakangnya.
Namun, pasukan neurosurgi dan ortopedik di HKL sedang merawat Azran yang mengalami beberapa kecederaan anggota badan pada bahagian atas tubuhnya.
Terdahulu, Azran yang sedang berbasikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching, di sini, pada Ahad dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh pelajar berusia 20 tahun.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, siasatan awal mendapati pemandu kenderaan tersebut awalnya berada di lorong kiri menghala ke Jalan Kuching sebelum menukar laluan memasuki susur kiri menghala Damansara.
Manakala kes ini disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
BACA: Bekas CEO AirAsia X, Azran Osman Rani cedera dilanggar ketika berbasikal
Astro Awani
Sun May 27 2018

Azran yang sedang berbasikal di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) menghala ke Jalan Kuching, di sini, pada Ahad dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira yang dipandu oleh pelajar berusia 20 tahun. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.