BUTTERWORTH: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat teknologi maklumat didenda RM30,000 dan satu hari penjara selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menipu berhubung kerja-kerja pembekalan peralatan keselamatan pada 2016.
Hakim Zulhazmi Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Aziedy Abd Talib, 42, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada prosiding hari ini, yang ditetapkan untuk perbicaraan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa memperdaya kakitangan Mutiara.Com Sdn Bhd bagi mendorong bayaran berjumlah RM50,000 dan RM25,000 bagi kerja-kerja pembekalan peralatan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dan pemasangan interkom bagi projek Pangsapuri Seri Bayu, Daerah Barat Daya.
Bagi pertuduhan ketiga pula, Aziedy didakwa memperdaya kakitangan sama bagi mendorong bayaran sebanyak RM40,000 bagi kerja-kerja perkhidmatan "Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service" yang tertuduh mengetahui ia tidak benar.
Semua kesalahan itu dilakukan sekitar Mac hingga Oktober 2016 dan pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh diwakili peguam Ang Chun Pun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu. - Gambar hiasan
Pusat AI Sabah pertama dijangka beroperasi hujung tahun ini
Penubuhan pusat AI tersebut seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan ke arah menggalakkan penggunaan teknologi ini di Sabah.
Sarawak komited capai liputan 100 peratus
Sarawak komited untuk memastikan liputan bekalan elektrik mencapai 100 peratus menjelang tahun 2030.
Polis buka dua kertas siasatan, namun tiada pertuduhan
Polis membuka dua kertas siasatan berhubung perhimpunan yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu iaitu pusat pentadbiran negeri Sabah pada 31 Dis tahun lepas, namun tiada pertuduhan dikenakan terhadap penganjur.
Empat PPS dibuka di Telupid
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid, SABAH susulan banjir yang melanda daerah itu.

PKNS jual tanah di Bukit Broga kerana tidak strategik
PKNS berkata, tanah itu tidak dikira sebagai aset strategik untuk pembangunan kerana beberapa faktor utama yang membataskan potensinya.

Helikopter Presiden Honduras lakukan pendaratan cemas
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Honduras Xiomara Castro melakukan pendaratan cemas pada Selasa di kawasan pergunungan di bahagian barat laut negara itu, lapor Xinhua.
ADMM Retreat sepakat perkasa keselamatan serantau
Untuk perincian lanjut, kita terus bersama rakan setugas, Khalis Khadir yang berada di Pulau Pinang bagi mengikuti ADMM Retreat kali ke-19.

Lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours digantung - MOTAC
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen Syarikat Umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd.

60 rakyat Malaysia diselamatkan daripada sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja
Operasi penyelamatan itu menyasarkan tempat-tempat yang terlibat dengan penipuan dalam talian di Poipet, berhampiran sempadan Kemboja-Thailand.

Pertumbuhan Malaysia kekal di atas trend 4.5 peratus, dipacu pelaburan, penggunaan - UBS
Ahli Ekonomi Kanan ASEAN dan Asia UBS bank berkenaan Grace Lim berkata pertumbuhan eksport juga dijangka kekal positif.

Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.

Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas CEO sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan.

SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.

Bekas CEO FIC ditahan SPRM
Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.