KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua pegawai eksekutif institut automotif dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM100,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta dan memperoleh wang tunai RM5 juta pada 2019 dan 2021.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini.
Di hadapan Hakim Rozina Ayob, Mohamad Madani, 57, dijatuhi hukuman penjara setahun dan didenda RM100,000 selepas dia menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdayakan mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan oleh syarikat LPS Learning Platform ialah RM6.4 juta sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta.
Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah tersebut menyerahkan kontrak bernilai RM6.4 juta kepada syarikat LPS Learning Platform dengan meluluskan cadangan pelantikan syarikat itu sebagai penyedia latihan bagi Wilayah Tengah, Pantai Timur, Selatan serta Sabah dan Sarawak pada harga kontrak keseluruhan RM6.4 juta.
Rozina turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah bilik mesyuarat di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang, 14 Dis 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Di hadapan Hakim Suzana Hussin, Mohamad Madani dipenjara setahun dan harta RM3.4 juta dilucuthakkan selepas menukar pengakuan bersalah atas satu lagi pertuduhan pilihan iaitu memperoleh wang tunai RM5 juta untuk dirinya daripada seorang lelaki berusia 49 tahun atas arahan seorang lagi lelaki berusia 38 tahun di sebuah bank di Seksyen 15, Shah Alam pada 8 Julai 2021.
Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagaimanapun, 41 pertuduhan utama iaitu di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 420 kanun sama serta Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang dihadapi Mohamad Madani sebelum ini dipertimbangkan sebagai 'take into consideration' (TIC) di bawah Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How, Mohd Asraf Mohd Tahir, Haresh Prakash Somiah, Nurul Atiqah Mohd Alias dan Noor Syafina Mohd Radzuan manakala tertuduh diwakili peguam Azizul Shariman dan Ariff Azami Hussein.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 18 2024

Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) Datuk Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini. - Gambar fail/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bekas CEO MARii dipenjara setahun, denda RM100,000
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara terhadap Datuk Mohamad Madani Sahari berjalan serentak bermula hari ini.

Pengubahan wang haram: Bekas CEO MARii didakwa lagi
Bekas CEO MARii mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas 12 pertuduhan terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM1.038 juta, pada 2021 dan 2022.