MELAKA: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas dua pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi pembelian dua pacuan empat roda yang akan dilupuskan.
Bagi pertuduhan pertama, Muhammad Muhaimin Lau Abdullah, 46, dituduh dengan niat memperdaya prinsipalnya iaitu Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd dengan mengemukakan satu surat penilaian harga syarikat itu dengan nilai RM36,000 bagi Toyota Fortuner 4WD dan RM20,000 untuk Toyota Hilux berbanding harga semasa untuk pelupusan kedua-dua kenderaan itu masing-masing RM50,000 dan RM35,000.
Bagi pertuduhan pilihan pula, tertuduh didakwa menggunakan sebagai tulen satu dokumen iaitu surat penilaian harga syarikat tersebut bersama lampiran penilaian harga semasa dua kenderaan syarikat itu dengan nilaian RM36,000 bagi Toyota Fortuner 4WD dan RM20,000 untuk Toyota Hilux.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu pada April 2021 di Pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd dan dituduh di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta sama.
Akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal kesalahan itu, jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi.
Dia juga dituduh di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Azriff Firdaus mencadangkan jaminan antara RM10,000 hingga RM30,000 terhadap tertuduh dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri sebulan sekali ke Pejabat SPRM Melaka sehingga kes selesai dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Peguam tertuduh Azrul Zulkifli Stork memohon agar jaminan dikenakan RM6,000 memandangkan tertuduh tidak bekerja dan menyara keluarga dengan simpanan yang ada.
Hakim Elesabet Paya Wan memutuskan jaminan RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dikemukakan pihak pendakwaan, selain menetapkan 11 Dis untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2023

Tertuduh didakwa mengemukakan dokumen palsu bagi pembelian dua pacuan empat roda yang akan dilupuskan. - Gambar hiasan
Agenda AWANI: Penubuhan Majlis Media Malaysia
Adakah penubuhan Majlis Media Malaysia dapat memastikan kebebasan media dalam konteks landskap politik yang semakin dinamik di Malaysia, antara mengimbangi keperluan untuk kawal selia dan risiko penapisan yang berlebihan dalam industri media? Diskusi 9 malam

Putera Mahkota Arab Saudi, Presiden Lubnan adakan perbincangan di Riyadh
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan rasmi dengan Presiden Lubnan Joseph Aoun di Riyadh pada Isnin malam.

Thailand terima 7 juta pelancong dua bulan pertama 2025
China kekal sebagai pasaran terbesar Thailand dengan 1.05 juta pelawat, diikuti Malaysia (879,864), dan Rusia (504,449).

Lebih 3,000 pemeriksaan menerusi Ops Pantau di seluruh negara - Fuziah
Lokasi tumpuan termasuk bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya dan kedai runcit.

Kadar zakat fitrah di Kedah RM7 dan RM14
Pengerusi LZNK Datuk Seri Norizan Khazali berkata kadar zakat fitrah yang ditetapkan adalah sebanyak RM7 dan RM14.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.

MWC 2025: EDOTCO komited percepat pelaksanaan 5G, luaskan ketersambungan luar bandar
Kumpulan EDOTCO terus memperkukuh komitmennya terhadap transformasi digital Malaysia dengan mempercepatkan pelaksanaan rangkaian 5G.

Ringgit ditutup sedikit tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit naik sedikit kepada 4.4635/4680 berbanding 4.4640/4680 ketika ditutup pada Isnin.
Sidang tergempar negara Arab bincang beberapa isu penting
Ia termasuk fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, pembinaan semula Gaza, serta penubuhan sebuah negara Palestin yang berdaulat.
KWSP Kekal Kukuh dengan Strategi Pelaburan Seimbang
KWSP terus menunjukkan prestasi kukuh melalui strategi pelaburan seimbang, memastikan pulangan kompetitif kepada pencarum meskipun dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

Bekas CEO Kenaf Trading dan anak didakwa keluar iklan skim pelaburan tidak berdaftar
Jazman Shahar, 53, dan Irfan Hadi, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dan syarikat itu dibacakan di hadapan hakim.

Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.

Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.

Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas CEO sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan.

SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.

Bekas CEO FIC ditahan SPRM
Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.