Bekas gitaris kumpulan rock 90-an Ekamatra dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa pada Februari lalu.
Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44 tahun, bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh yang mempunyai empat orang anak tidak diwakili peguam.
Juraidah berkata, hukuman itu dibuat selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh.
Sebelum itu, Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Adie Sufian Zulkefli
Wed May 23 2018
Sebelum itu, Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Komposer Wan Zul meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru
Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 2 Oktober lalu selepas demam dan batuk teruk, selain pernah ditidurkan sebanyak dua kali sepanjang rawatan.
Kemala masih bertahan dalam arena muzik rock tanah air
Kini kumpulan itu masih kekal dengan enam anggotanya iaitu Muz selaku Vocalist, Arab (Gitar), Rosli (Gitar), Kalis (Bass), Eddie (Keyboard) dan Rashib.
Bekas gitaris Ekamatra dihukum penjara 10 tahun
Bekas gitaris kumpulan rock 90-an dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.
Bekas anggota Ekamatra mengaku bersalah sebabkan kematian warga emas
Bekas gitaris kumpulan rock Ekamatra yang popular era 1990-an berdepan hukuman penjara maksimum 30 tahun selepas mengaku bersalah hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian.