SHAH ALAM: Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM164,800 berhubung selenggara dan naik taraf bangunan, infrastruktur Sekolah Rendah Agama (SRA), pada 2019 dan 2021.
Kamaludin Sahlan, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Rozilah Salleh.
Mengikut kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa meminta suapan iaitu 11 peratus daripada nilai projek dan menerima rasuah RM164,800 melalui akaun CIMB Islamic Bank miliknya, daripada seorang lelaki berusia 52 tahun.
Ia sebagai dorongan membantu lelaki itu mendapatkan kerja-kerja selenggara dan naik taraf bangunan dan infrastruktur SRA dalam daerah Petaling dan Kuala Selangor.
Kesalahan didakwa dilakukan di Taman Seri Medan, Telok Panglima Garang, di sini dan CIMB Islamic Bank Berhad Cawangan Kota Kemuning, Seksyen 31, di sini, antara Mei 2019 hingga April 2021.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah seksyen 24(1) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa, Mohd Aliff Shaharuzaman mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin.
"Tertuduh juga perlu memenuhi syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berdekatan," katanya.
Bagaimanapun, peguam, Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan merayu agar ikat jamin ditetapkan pada kadar rendah kerana anak guamnya telah memberi kerjasama yang baik kepada SPRM.
"Anak guam baru dimaklumkan berkenaan pertuduhan dan tidak sempat untuk mengumpulkan jumlah yang dimohon pihak pendakwaan," katanya.
Mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Rozilah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin dan memenuhi dua syarat tambahan yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 26 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.
Pada 15 Mac lalu, media melaporkan dua guru termasuk seorang guru besar yang disyaki berkomplot dalam rasuah projek naik taraf 27 bangunan SRA direman empat hari bagi membantu siasatan kes tersebut. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 22 2022

Kamaludin (kanan) hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk menghadapi dua pertuduhan kes rasuah, pada Khamis. - Foto Sinar Harian

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Guru besar mati lemas kereta terhumban dalam sungai
Guru besar sebuah sekolah rendah di Kuala Nerang maut setelah kereta yang dipandunya terbabas ke dalam sungai di Kampung Lama, Tandop di sini, awal pagi tadi.

Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan
Walaupun ada sesetengah pihak mempersoalkan kononnya guru tidak menjalankan tugas seperti biasa ekoran wabak COVID-19, namun guru-guru perlu bersabar dan terus komited.

Nor Hainei dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2020
Anugerah itu merupakan penghargaan tertinggi negara kepada guru-guru yang telah mencurahkan khidmat bakti dan jasa yang tidak ternilai dalam mendidik anak bangsa.

Keluarga guru besar mula terima kehilangan Jashiah Rabu
Jashiah kali terakhir dilihat jiran keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling, Kuala Kubu Bharu pada 23 Okt lepas.

Polis guna khidmat pasukan paranormal sebagai ikhtiar cari guru besar hilang
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) akan mengadakan bacaan Yasin di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jashiah Rabu dikesan, esok.

Pencarian Guru Besar hilang tertumpu di sekitar anak sungai - Polis
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) guru besar Sekolah Kebangsaan Tamat Keramat, Jashiah Rabu,53, yang hilang sejak 10 hari lepas ditumpukan di sekitar kawasan anak sungai Kampung Buluh Telur.

Guru Besar hilang ketuk pintu rumah Orang Asli minta makanan - Anak
Anak ketiga mangsa Mohamad Irfan Ruzilan berkata beberapa penduduk kampung menyatakan ibunya mengetuk pintu rumah penduduk untuk meminta makanan.

Sekolah tutup jika jarak penglihatan kurang 500 meter - Mahdzir Khalid
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Guru Besar boleh membuat keputusan menutup sekolah sekiranya jarak penglihatan di bawah 500 meter.