IPOH: Seperti kebiasaan Jaafar Othman sejak 15 tahun lepas, tahun ini bekas juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu sekali lagi mengambil inisiatif menghias rumahnya dengan hiasan berunsur patriotik dan cintakan negara sempena Hari Kebangsaan, menggunakan modal sendiri.
Kali ini Jaafar, 61, yang tinggal di Taman Kerian, Parit Buntar menggunakan 800 helai Jalur Gemilang dan bahan-bahan terpakai seperti tayar, span, kotak dan rim kenderaan bagi menghias rumahnya itu.
"Saya akan cuba hias setiap sudut yang ada dengan Jalur Gemilang dan hiasan seumpamanya. Ia telah sebati dan menjadi rutin pada setiap bulan Ogos," kata ayah kepada tiga orang anak itu kepada Bernama.
Menurut Jaafar sejak 15 tahun lepas, beliau tidak pernah terlepas daripada aktiviti menghias rumahnya dengan hiasan yang membawa mesej patriotik setiap kali sambutan Bulan Kebangsaan termasuklah ketika dunia dilanda wabak COVID-19.
"Dua tahun lepas, saya tetap hias rumah dengan Jalur Gemilang kerana saya merasakan semangat menyambut kemerdekaan perlu diteruskan. (Masa itu) Orang ramai tetap singgah ke rumah untuk bergambar di kawasan rumah namun masih mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pengunjung dari negeri berjiran seperti Pulau Pinang dan Kedah sering datang ke rumah untuk melihat sendiri hasil hiasan Jalur Gemilang yang dihiasi sejak awal bulan ini. Saya amat gembira melihat keterujaan pengunjung yang hadir," tambahnya.
Ditanya mengenai kelunturan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, beliau berkata golongan itu perlu terus diberi pendedahan termasuk menggalakan mereka membaca lebih banyak bahan bacaan berkaitan sejarah negara.
"Selama saya melakukan rumah berhias ini, banyak anak muda yang datang singgah...Ada yang berminat dengan konsep rumah berhias ini.
"Selaku orang yang sudah berpengalaman, saya berkongsi serba sedikit mengenai idea yang perlu diketengahkan dan sering memberi kata-kata semangat agar mereka dapat menjadi pengganti orang-orang lama seperti saya," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Jaafar bergambar di skuter miliknya yang dihiasi dengan Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan ketika tinjauan di rumahnya di Taman Kerian, Parit Buntar, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Wei Chong buru ranking 10 terbaik dunia
Wei Chong mengimpikan hasrat itu dengan mengambil kira kemasukan Herry Iman Pierngadi selaku ketua jurulatih lelaki baharu negara.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kumpulan The Hague keluarkan kenyataan bersama sulung mengenai Palestin
Negara-negara peserta komited tegakkan undang-undang antarabangsa dan memastikan kebertanggungjawapan terhadap jenayah yang didakwa berlaku di Palestin.
Kedudukan geopolitik Malaysia amat signifikan bantu bangun semula Gaza - IKIM
Dalam konteks geopolitik, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk menjalin kerjasama erat dengan negara-negara anggota OIC.
Finas mahu siarkan filem-filem lama sempena bulan Kemerdekaan
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk menyiarkan filem-filem lama bagi memberi maklumat kepada generasi muda.