Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung selepas ditahan menerusi Ops Tiru dan Ops Jeriji semalam.
Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Manjung Wan Muhammad Badro Wan Mahmood berkata kegiatan lelaki berumur 31 tahun itu dikesan hasil serbuan ke atas empat premis perniagaan serta sebuah stor pada kira-kira 2 petang.
Katanya serbuan yang dijalankan bersama pihak polis dan Majlis Perbandaran Manjung ke atas premis dan stor berkenaan membawa kepada penangkapan lelaki itu yang dipercayai aktif sejak tiga tahun lepas.
"Pemeriksaan mendapati lelaki itu menjadikan rumahnya sebagai stor utama barangan tiruan sebelum dijual kepada peniaga di empat premis yang diserbu.
"Kita percaya lelaki tersebut mendapatkan bekalan barangan dari luar negara dan antara barangan yang terlibat ialah kasut berjenama Nike, Adidas, Puma, beg Louis Vuitton dan jam tangan Casio G-Shock," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.
Wan Muhammad Badro berkata hasil serbuan di keempat-empat premis itu, pihaknya menyita 10,875 pasang kasut; 3,884 helai baju; 809 helai seluar dan 177 unit jam tangan berjenama yang disyaki tiruan dengan anggaran nilai RM226,344.
"Difahamkan, keuntungan yang diperoleh lelaki itu ialah separuh daripada harga yang dijual kepada peniaga. Contohnya, jika harga kasut RM60, maka keuntungan yang dia dapat ialah RM30," katanya.
Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan lelaki itu turut membekalkan barangan tiruan terbabit ke daerah Perak Tengah, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Kinta.
Wan Muhammad Badro berkata kes disiasat di bawah Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan (ACD) 2019 iaitu mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan atau pengilangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 22 2020

Suspek menjadikan rumahnya sebagai stor utama barangan tiruan sebelum dijual kepada peniaga. -Gambar hiasan

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).

Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.

Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.

10 bekas kakitangan fail kes mahkamah terhadap Mara Corporation
Peguam Bhavanash Sharma memaklumkan, Majlis Amanah Rakyat telah memberhentikan pekerja-pekerja tersebut dengan memberi alasan bahawa mereka berlebihan atau 'redundancy'.

Bekas kakitangan kerajaan hidup mewah jual barangan tiruan ditahan
Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung.

Bekas kakitangan UMT dipenjara lima tahun, denda RM89,600 kerana rasuah
Seorang bekas kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM89,600 oleh Mahkamah Sesyen.