Seorang bekas kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM89,600 oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah menerima rasuah dua tahun lepas.
Hakim Jamaluddin Mat menjatuhkan hukuman itu ke atas Fazrul En Hassan, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh, yang merupakan bekas penolong kanan pendaftar Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) universiti terbabit menjalani hukuman penjara selama setahun lagi jika gagal membayar denda.
Fazrul didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan daripada Syarikat Bari Bina Enterprise bagi kerja-kerja pembekalan 14 set kerusi dan meja simen berjumlah RM17,920.
Dia melakukan kesalahan itu di PPSA pada 2018 dan didakwa mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hayat Muhamad.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 19 2020

Hakim Jamaluddin Mat menjatuhkan hukuman itu ke atas Fazrul En Hassan, 41, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. -Gambar hiasan

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.

Bekas kakitangan Google, OpenAI ingin perlindungan jika beri amaran bahaya AI
Antara taktik yang digunakan bekas majikan ialah meminta mereka menandatangani dokumen tidak mendedahkan maklumat (NDA).

Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.

Datuk Bandar Toronto letak jawatan terlibat hubungan sulit
John Tory mendedahkan beliau melakukan kesilapan dengan menjalin hubungan dengan salah seorang pekerja di pejabatnya.

10 bekas kakitangan fail kes mahkamah terhadap Mara Corporation
Peguam Bhavanash Sharma memaklumkan, Majlis Amanah Rakyat telah memberhentikan pekerja-pekerja tersebut dengan memberi alasan bahawa mereka berlebihan atau 'redundancy'.

Bekas kakitangan kerajaan hidup mewah jual barangan tiruan ditahan
Rahsia hidup mewah seorang bekas penjawat awam yang turut memiliki beberapa kenderaan mewah akhirnya terbongkar apabila dia disyaki menjadi pembekal utama barangan tiruan di sekitar daerah Manjung.

Bekas kakitangan UMT dipenjara lima tahun, denda RM89,600 kerana rasuah
Seorang bekas kakitangan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) hari ini dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM89,600 oleh Mahkamah Sesyen.