PETALING JAYA: Seorang bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan menceroboh masuk bilik hotel kenalannya yang merupakan isteri orang, bulan lepas.
Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.
Bekas pemain Perak FA itu, didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bilik wanita berusia 36 tahun, di sebuah hotel di Kelana Jaya di sini pada 6 petang, 21 Jun.
Pertuduhan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabitkan kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Maryam Jamilah Md Kamal menawarkan jaminan RM6,000, berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai.
"Dalam kes ini, mangsa merupakan kenalan tertuduh," katanya.
Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Ahmad Shahrul, memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja serta tujuh anak selain tiada risiko melarikan diri dan tiada rekod kesalahan jenayah lain.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin, berserta syarat tambahan yang dicadangkan oleh pendakwaan dan menetapkan 18 Sept ini, untuk sebutan semula kes.
Media melaporkan lelaki itu ditahan selepas dipercayai menceroboh masuk bilik hotel seorang wanita berstatus isteri orang.
Menurut polis, pihaknya telah menerima laporan daripada mangsa yang mengatakan suspek menceroboh bilik hotelnya, sebelum bertindak agresif hingga menyebabkan berlaku sedikit kekecohan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 10 2023

Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. -Gambar hiasan

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

Bekas kapten skuad bola sepak kebangsaan didakwa ceroboh bilik hotel isteri orang
Ahmad Shahrul Azhar Sofian, 49, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.