AYER KEROH: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini.
Perkara itu dikongsi Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menerusi catatan di laman Facebook rasminya.
“Bagi pihak kerajaan negeri, saya merakamkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam, mantan Ketua Menteri Melaka dan Menteri Persekutuan, hari ini.
“Allahyarham merupakan mantan Ketua Menteri Melaka kelima bagi tempoh 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982,” katanya.
Selain menjadi Ketua Menteri, Allahyarham juga pernah menjawat jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Mohd Adib yang berusia 81 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur.
Menurut isterinya Datin Seri Zainiah Hussein, 77 tahun, suaminya dibawa dan dimasukkan ke HKL malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
"Pada pukul 8.20 pagi tadi, doktor hubungi, maklumkan suami saya telah meninggal dunia. Allahyarham meninggal dunia kerana sakit tua.
"Allahyarham tidak pernah mengadu sakit sebelum ini. Cuma dalam sebulan lepas, beliau mengalami strok, keadaannya juga agak lemah dan ingatannya adakala ingat adakala tidak,” katanya ketika ditemui di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak, Ampang.
Jenazah dimandi dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum disembahyangkan pada 4.25 petang oleh lebih 100 jemaah yang diimamkan Imam 1 Masjid Darul Ehsan Mohamad Khairi Hussein.
Jenazah akan dibawa ke Melaka untuk dikebumikan di Makam Pahlawan Melaka selepas Maghrib.
Allahyarham yang dilahirkan pada 2 Julai 1941, meninggalkan isteri serta dua anak lelaki dan dua anak perempuan.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Sep 21 2022

Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam menghembuskan nafas terakhir hari ini. - Gambar kredit Facebook Sulaiman Md Ali

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga Mohd Adib
Seri Paduka berdua berharap seluruh keluarga sabar serta tabah menghadapi dugaan dan suasana sedih dan pilu itu.

Bekas Ketua Menteri Melaka meninggal dunia
Datuk Seri Mohd Adib Mohamad Adam pernah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka pada 1978 hingga 1982.

Sungai Melaka bertukar jernih kehijauan sejak PKP
Sungai Melaka, yang sebelum ini berkeladak dan berwarna coklat seumpama teh tarik, kini bertukar jernih dan berwarna kehijauan sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).