KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia mengesahkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Mohammad Agus Yusoff akan hadir memberi keterangan hari ini, susulan video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan telah disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Beliau berkata selain Mohammad Agus, terdapat lagi beberapa individu lain dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Hanya beliau (Mohammad Agus) dipanggil hari ini manakala Wahab (Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani, Penolong Pegawai J-KOM) akan dipanggil dalam tempoh terdekat," katanya kepada Bernama hari ini.
Sementara itu, mengulas mengenai individu bergelar "Mr H" yang dikaitkan dengan kes berkenaan, Razarudin berkata ia masih dalam siasatan polis.
Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.
Mohammad Agus pada sidang medianya Jumaat lepas di sebuah hotel di Bangi dekat sini, mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023

Razarudin berkata Mohammad Agus akan memberi keterangan pada 2 petang ini, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang. - Foto fail/BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.

Khairuddin ditamatkan jawatan KP J-KOM selepas 6 bulan
Namun, Mohd Khairuddin tidak mengulas lanjut mengenai sebab penamatan ataupun tarikh rasmi penamatan jawatannya.

Individu hina institusi Diraja dikenal pasti, lebih 20 kertas siasatan lampau - Fahmi
MCMC telah mengenal pasti individu, yang dipercayai mengeluarkan kenyataan menghina institusi Diraja, khususnya institusi Diraja Selangor.

Fungsi, tugas, objektif dan matlamat J-KOM diselaras semula - Fahmi
Fungsi, tugas, objektif dan matlamat Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi akan diselaras semula.

J-KOM wajar dirombak secara menyeluruh - Puad Zarkashi
Imej J-KOM semakin merundum setelah isu A dan W dibangkitkan serta analisis Timbalan Ketua Pengarahnya berkenaan Langkah Dubai.

Kemasukan J-KOM perkukuh usaha kementerian sebar inisiatif kerajaan, perangi maklumat salah - Teo
Kemasukan J-KOM di bawah Kementerian Komunikasi akan memperkukuhkan lagi usaha kementerian untuk mempromosikan inisiatif kerajaan dan memerangi salah maklumat.

Agus selesai beri keterangan lebih dua jam di IPD Kajang
Datuk Mohammad Agus Yusoff selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada Khamis.

J-KOM kini di bawah seliaan Kementerian Komunikasi
Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.

Identiti sebenar 'Mr H' didedah kepada umum esok?
Identiti sebenar 'Mr H' dijangka didedahkan kepada umum esok.

Wahab dakwa gangguan seksual berlaku di Bintulu - KPN
Polis menyiasat dakwaan kes gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Mohammad Agus Yusoff yang dikatakan berlaku di Bintulu, Sarawak.