TAWAU: Mahkamah Majistret di sini hari ini memindahkan kes bekas Ketua Perisikan ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah) Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md Zain dan tujuh lain, yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing, ke Mahkamah Tinggi di sini.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau Suhaila Selag memindahkan kes Mat Zaki, 58, bersama enam pegawai serta anggota polis dan seorang orang awam itu, selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad dan Mohammad Fakhrurazzi Ahmad Salim.
Terdahulu, pendakwaan mengemukakan pertuduhan baharu ke atas Mat Zaki.
Dia didakwa bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh Nurman Bakaratu, 61, di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5, Tawau antara 7.30 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan lepas.
Pertuduhan ke atas Mat Zaki dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minima 30 tahun dan maksimum 40 tahun jika tidak dihukum mati serta hendaklah juga sebat tidak kurang dua belas sebatan, jika sabit kesalahan.
Enam pegawai dan anggota polis iaitu Rosdi Rastam, 44, Denis Ak Anit, 44, Fabian Ak Rungam, 43, Khairul Azman Bakar, 47, Mohd Azlan Sakaran, 39, John Kennedy Sanggah, 44, dan orang awam Vivien Fabian, 34, pula, didakwa atas pertuduhan membunuh Nurman mengikut Seksyen 302.
Pada 8 Feb lalu, Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd Azlan serta Vivien, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tawau atas pertuduhan membunuh Nurman, manakala Mat Zaki didakwa bersubahat dengan enam tertuduh itu membunuh Nurman.
John Kennedy pula, pada awalnya merupakan saksi kes pendakwaan, namun pada 11 April lepas lelaki itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini bagi pertuduhan membunuh bersama enam lelaki itu.
Sebelum ini, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah berkata kes bunuh itu lebih bersifat peribadi, serta tidak melibatkan isu keselamatan di Sabah.
Pada 30 Jan lepas, penganggur Nurima Juli, 33, didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bekas suaminya Nurman.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023

Mat Zaki didakwa bersubahat dengan John Kennedy untuk membunuh Nurman Bakaratu di sebuah ladang kelapa sawit berdekatan Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Baru 5, Tawau. - Gambar fail/BERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bekas Ketua Perisikan ESSCom didakwa subahat bunuh pemandu e-hailing
Kes bekas Ketua Perisikan ESSCom Datuk Mat Zaki Md Zain dan tujuh lain, yang didakwa membunuh seorang pemandu e-hailing, dipindah ke Mahkamah Tinggi.