Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam ini.
Menurut anak lelaki Allahyarham, Khairul Annuar, 55, bapanya yang menghidap sakit jantung, dimasukkan ke pusat perubatan itu dua minggu lepas.
"Allahyarham berada dalam keadaan tenang sejak pagi namun mula tidak sedarkan diri malam ini," katanya ketika ditemui Bernama di IJN di sini malam ini.
Khairul Annuar berkata jenazah bapanya akan dibawa pulang ke kediamannya di Sungai Ramal, Kajang malam ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal pagi Rabu.
Allahyarham yang juga Presiden Pertubuhan Sedunia Melayu-Polynesia dan bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), meninggalkan isteri Datin Seri Che Tom Osman, 80, dan empat anak.
Awal tahun ini Allahyarham yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan menerima Darjah Seri Setia Negeri Sembilan Yang Amat Cemerlang (SSNS), yang membawa gelaran Datuk Seri sempena Ulang Tahun ke-68 keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.
Allahyarham pernah menyandang jawatan Dekan Pendidikan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Timbalan Naib Canselor dan Pemangku Naib Canselor UPM sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Biro Tata Negara.
Selepas itu beliau berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara, Dekan Pendidikan di Universiti Malaysia Sabah dan Naib Canselor Unisel. -- Bernama
Bernama
Tue Dec 20 2016

Allahyarham Kamaruddin dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang pagi Rabu. - Foto Bernama

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat menyambut Ramadan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia.
Suasana sambutan, kemeriahan di perantauan
Suasana sambutan Ramadhan bersama Aisyah Azra , Rakyat Malaysia di Doha.
Yakin Medic sedia tembusi pasaran Singapura, sasar IPO suku keempat 2025
Yakin Medic Sdn Bhd, penyedia terapi sel stem terkemuka negara, merancang penyeneraian tawaran awam permulaan (IPO) di Bursa Singapura pada suku keempat 2025 atau awal 2026.

Kerjasama masyarakat, tentera, asas jamin keselamatan dan pertahanan negara
Kerjasama antara masyarakat dan tentera amat penting dalam memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin daripada sebarang ancaman.

Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal mara ke fasa kedua: Laporan
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara gerakan penentangan Palestin Hamas dan rejim Israel telah gagal, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Rebut 5 waktu mustajab berdoa di bulan Ramadan
Ramadan adalah bulan yang istimewa bagi umat Islam, bukan sahaja kerana kewajipan berpuasa tetapi juga kerana peluang untuk mendapatkan keberkatan dan memperbanyakkan doa.
[TERKINI] Rundingan gencatan senjata Gaza di Kaherah gagal ke fasa kedua
Rundingan Kaherah mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dan rejim Israel telah gagal.

Warga emas hilang di hutan Sarikei hampir seminggu ditemukan selamat
Seorang warga emas yang dilaporkan hilang hampir seminggu di hutan kawasan Rumah Luang Empaong, Roban, Saratok, ditemukan selamat hari ini.
MCA mahu bertanding semua PRN, PRU16
MCA menegaskan pendiriannya untuk bertanding dalam semua PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Kadar dividen 2024
Kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kadar dividen 2024 yang lebih tinggi iaitu 6.30 peratus bagi kedua-dua jenis simpanan, konvensional dan shariah.

Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kamarudin Kachar meninggal dunia
Bekas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Kolonel Profesor Datuk Seri Dr Kamarudin Kachar, 83, meninggal dunia ketika sedang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) pada 8.40 malam ini.