PASIR MAS: Seorang bekas komando tentera dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas dua kesalahan menipu melibatkan kerugian RM17,500.
Majistret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosdi Ibrahim, 59, selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dikemukakan.
Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menipu Muhammad Syahran Amirul Azlan, 27, dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai tertuduh akan membekalkan stok rokok dan mendorongnya menyerahkan wang tunai RM5,500 di sebuah kedai roti canai di Stesen Kereta Api di bandar Pasir Mas di sini pada 8.30 malam, 23 Mei lalu.
Berdasarkan fakta kes, tiga hari sebelum itu mangsa didatangi tertuduh di sebuah masjid di Kubang Bemban menawarkan jualan rokok seterusnya berjumpa dengan mangsa yang kemudian menyerahkan sejumlah wang tunai namun tertuduh menghilangkan diri ketika Muhammad Syahran pergi untuk mengambil air minuman.
Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa menipu peniaga, Norizan Yusoff, 53, dengan memperdaya mangsa mempercayai tertuduh akan membekalkan kain, rokok dan mercun serta mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM12,000 di lot kedai Pasar Tasek Raja pada jam 9 malam, 6 Februari lalu.
Dalam kejadian itu, tertuduh juga menghilangkan diri selepas menerima wang tersebut daripada mangsa.
Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun, maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta boleh juga didenda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Syafiq Aizat Nazri manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Kelantan.
Tertuduh melalui peguamnya merayu hukuman minimum kerana kini hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan perlu menanggung isteri serta sembilan anak mereka.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan hukuman penjara setahun bagi tuduhan kedua yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman pertama.
Pengecualian hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah atas faktor usia tertuduh. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023

Rosdi (tengah) mengaku bersalah dan dihukum penjara kerana menipu. - Foto Sinar Harian
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Bekas komando dipenjara empat tahun kerana menipu
Seorang bekas komando tentera dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini pada Ahad atas dua kesalahan menipu melibatkan kerugian RM17,500.