SHAH ALAM: Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Alwi Ibrahim memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.
Alwi, 62, berkata pelanjutan yang dibuat bekas timbalan perdana menteri itu terlalu awal sedangkan tempoh tamat kontrak itu masih panjang.
"Bagaimanapun, berdasarkan laporan syarikat yang saya terima, saya berpuas hati dengan prestasi syarikat UKSB," katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin, pada hari kesembilan perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah berhubung sistem VLN.
Wan Shaharuddin : Pernah berlaku sebelum ini, pelanjutan kontrak dibuat awal?
Alwi : Seingat saya tidak ada.
Ketika membacakan penyataan saksinya, Alwi, saksi pendakwaan keenam berkata pihaknya akur dengan arahan Zahid yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri ketika itu untuk melanjutkan kontrak tersebut tiga tahun lebih awal, dari kontrak tamat iaitu pada 2019.
"Berdasarkan perkara 2.2.1 perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN yang dimeterai sebelum ini, syarikat boleh memohon pelanjutan kontrak tidak kurang dari enam bulan sebelum tarikh kontrak tamat.
"Secara praktikal ia nampak tidak sesuai untuk dilanjutkan kontrak kerana tempoh tamatnya masih jauh," kata Alwi yang kini seorang pesara.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB sebagai dorongan untuk dirinya, selaku pegawai badan awam iaitu Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.
Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 22 2021

Ahmad Zahid (gambar)berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bekas KSU KDN tidak puas hati Zahid lanjut kontrak UKSB terlalu awal
Beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melanjutkan kontrak syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) bagi pelaksanaan sistem Visa Luar Negara (VLN) terlalu awal.

Kes rasuah: Ahmad Zahid setuju penyelarasan caj OSP, VLN - Saksi pendakwaan
Saksi berkata penyelarasan caj tersebut dipersetujui daripada tidak melebihi harga siling RM105 kepada RM205 iaitu masing-masing RM100 untuk OSC, sementara RM105 lagi bagi sistem VLN.

Pakatan Nasional: Dr Mahathir tanya Ahmad Zahid ada sokongankah? - Kadir Jasin
Terdahulu, Dr Mahathir menafikan beliau mempelawa UMNO dan PAS untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru.