KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di ibu negara.
Perkara itu dimaklumkan dalam laman Facebook rasminya pada Sabtu. Difahamkan, keadaan Abdul Khalid ketika ini sangat sensitif terhadap persekitaran luar.
Ia menyebabkan pihak hospital mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat serta mengehadkan jumlah pelawat.
"Bagi pihak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kami mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga ke atas doa yang tidak putus-putus dari teman-teman dan seluruh rakyat Malaysia demi kesembuhan Tan Sri.
"Untuk makluman semua, Tan Sri kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Kuala Lumpur. Kami dan pihak keluarga menerima banyak permohonan dari teman-teman rapat Ybhg TSri untuk berziarah bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan. Kami amat menghargai hasrat dan niat teman-teman sekalian," jelas kenyataan itu.
BACA: Penampilan terkini bekas MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim tampak berbeza
Pada masa sama, ahli keluarga bekas Menteri Besar Selangor itu turut memohon agar diberikan ruang berdepan dengan situasi berkenaan.
"Meskipun demikian, memandangkan keadaan Tan Sri yang sangat sensitif terhadap persekitaran luar, pihak hospital telah mengenakan SOP yang sangat ketat dan jumlah pelawat juga terhad dan kami dahulukan ahli keluarga sahaja.
"Pada masa yang sama, pihak keluarga juga memohon agar diberikan ruang kepada mereka ketika berhadapan dengan situasi begini. Marilah sama-sama kita berdoa agar kesihatan Tan Sri pulih seperti sediakala dan keluarga diberi kekuatan dan kesabaran yang tinggi di dalam menghadapi ujian besar ini.
"Sekali lagi Admin memohon kemaafan dan menyatakan penghargaan tidak terhingga di atas keperihatinan seluruh rakyat Malaysia kepada pemimpin kesayangan kita ini. Terima kasih," jelas kenyataan itu lagi.
30 April lalu, Abdul Khalid dimasukkan ke sebuah hospital swasta susulan jangkitan kuman dan berada pada keadaan stabil.
Abdul Khalid menjadi Menteri Besar Selangor ke-14 sejak tahun 2008 sehingga 2014 selain pernah menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, diantara tahun 2008, 2013 dan 2018.
Fareez Azman
Sat Jul 23 2022

Abdul Khalid pernah menyandang jawatan Menteri Besar Selangor selama enam tahun bermula 13 Mac 2008 hingga 22 September 2014.- Gambar fail

Op Hazard: NRES periksa 47 premis, sita 15,764.9 tan metrik sisa elektrik, elektronik
Pemeriksaan mendapati bahawa 30 premis beroperasi secara haram dan tujuh premis merupakan premis barang lusuh.

Digg bakal kembali! Diambil alih oleh pengasas asal bersama pengasas Reddit
Digg baharu bertujuan untuk mewujudkan komuniti yang lebih sihat dan dijangka dilancarkan dalam beberapa minggu lagi.

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan
Ia atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat terbabit "tidak berada dalam kedudukan yang merugikan."

'Saya pulang ke rumah, menangis selepas kalah'
Bekas pemain kebangsaan Itali itu menjelaskan suasana ketika dia pulang ke rumah dalam keadaan kecewa susulan tewas.

Peter Anthony dipenjara: KDM bermesyuarat minggu ini
Wetrom mengakui penyokong dan pemimpin parti kecewa dengan keputusan tersebut namun bertekad untuk lebih bersemangat meneruskan perjuangan.

Pusat servis tayar, kereta serta 13 motosikal musnah dalam kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan berada dalam premis itu dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 3.49 pagi.
AWANI Ringkas: Siasatan kes Ismail Sabri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Keterjaminan makanan di Gaza 'berisiko bertambah buruk' - PBB
Dujarric turut menyuarakan kebimbangan bahawa keterjaminan makanan di Gaza berisiko semakin merosot.

India tegaskan tiada kepentingan untuk lemahkan dolar AS
Jaishankar sifatkan dolar AS sebagai sumber kestabilan ekonomi antarabangsa dan tegaskan, India tiada sebarang dasar untuk menggantikan dolar.
#AWANIRingkas 6 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Mac 2025
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas
1️⃣ Siasatan kes Ismail Sabri
2️⃣ Isu penyeludupan e-waste dibangkitkan
3️⃣ PH jadi pendukung, pastikan kemenangan
#awaniringkas

Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.

Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.

Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.

Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.

Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.

Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.

Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.

Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).