AYER KEROH: Bekas Ketua Perancang Bahagian Pengurusan Pengangkutan Pos Malaysia Berhad dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas 26 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM248,000 selama setahun, bermula 2020 lalu.
Tertuduh, Hazri Mokhtar, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa menerima suapan keseluruhan bernilai RM248,000 bagi membantu mempercepatkan bayaran oleh Pos Malaysia Bhd kepada sebuah syarikat logistik bagi kerja-kerja ‘outsourcing linehaul’ dan ‘shuttle services’ di Sabah dan Sarawak.
Kesemua suapan itu diterima menerusi transaksi atas talian ke dalam dua akaun bank miliknya di Bank Simpanan Nasional di Jalan Munshi Abdullah dan Maybank Melaka Main di Jalan Hang Tuah Melaka, antara 8 Julai 2020 hingga 11 Oktober 2021.
Justeru, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Irwanshah Abdul Samat mencadangkan jaminan sebanyak RM50,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri ke pejabat SPRM Melaka sebulan sekali sepanjang kes berjalan.
Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Mohammad Amir Aizat Abd Rani merayu jumlah berkenaan dikurangkan memandangkan tertuduh telah berhenti kerja dan hanya melakukan kerja-kerja kampung dengan pendapatan RM800 sebulan.
Tertuduh juga mengidap sakit gout dan mempunyai masalah kesihatan selain perlu menyara ibu serta ayah mentua di kampung.
Sejurus mendengar hujahan kedua-dua pihak, Elesabet kemudian menetapkan jaminan RM35,000 dengan syarat isteri tertuduh sebagai penjamin selain bersetuju dengan semua syarat tambahan yang dicadangkan.
Mahkamah turut menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Shuhada Abdul Kadir
Wed Sep 28 2022

Bekas Ketua Perancang Bahagian Pengurusan Pengangkutan Pos Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas 26 pertuduhan menerima rasuah. - Foto Astro AWANI
Polis perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan pekerjaan dalam talian yang beroperasi di sebuah rumah inap di Pulau Pangkor, dalam serbuan pada Jumaat lepas.
Dua maut dalam kemalangan babit sebuah kereta, empat motosikal
Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dan empat motosikal di kilometer 84, jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang tengah malam Ahad.
KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menerusi Jabatan Landskap Negara (JLN) menyasarkan pembinaan 112 Taman Rekreasi MADANI (TRM) di seluruh negara pada tahun ini.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.
Timbalan menterinya Datuk Aiman Athirah Sabu berkata ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

Bekas pegawai kanan Pos Malaysia mengaku tidak bersalah terima rasuah RM248,000
Bekas Ketua Perancang Bahagian Pengurusan Pengangkutan Pos Malaysia dihadapkan ke mahkamah atas 26 pertuduhan menerima rasuah.