KUALA LUMPUR: Semua bekas pegawai pengawal dan Ketua Setiausaha (KSU) perlu hadir ke prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi menjelaskan isu yang timbul semasa mereka menerajui kementerian, jabatan atau agensi kerajaan terlibat.
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata ia bagi memastikan jawatankuasa itu dapat menjalankan siasatan yang menyeluruh kerana ketidakhadiran bekas pegawai pengawal serta KSU akan menyebabkan laporan PAC tidak komprehensif.
"PAC mengambil maklum bahawa tempoh perkhidmatan pegawai pengawal dan KSU yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) biasanya melangkaui tempoh perkhidmatan sedia ada, hingga menyebabkan mereka gagal memberikan penjelasan terhadap isu-isu yang didapati kerana ia berlaku bukan pada tempoh perkhidmatan mereka.
"Justeru, adalah amat penting untuk semua pegawai pengawal dan KSU bertanggungjawab terhadap PAC seperti termaktub dalam Arahan Perbendaharaan (Pindaan 2023) dan hadir apabila dipanggil oleh jawatankuasa untuk menghadiri prosiding ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau keengganan bekas pegawai pengawal dan KSU hadir ke prosiding PAC merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (a) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 (Akta 347).
Mas Ermieyati berkata PAC akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC supaya rakyat mengetahui bahawa isu-isu yang disiasat oleh jawatankuasa itu tidak mendapat kerjasama daripada individu-individu berkenaan.
Pada masa yang sama, PAC menuntut Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) mengambil maklum sekiranya terdapat bekas pegawai pengawal dan KSU yang enggan hadir dalam prosiding jawatankuasa ini.
"Selain itu, PAC juga mahu satu mekanisme perlu diwujudkan kerajaan agar kesemua bekas pegawai pengawal dan KSU yang dipanggil, menghadirkan diri ke prosiding PAC," katanya.
Mas Ermieyati berkata adalah penting untuk PAC menyediakan laporan yang komprehensif dan telus dengan mengambil kira keterangan dan penjelasan semua pihak berkepentingan dalam isu yang disiasat supaya laporan itu benar-benar seimbang demi kepentingan semua pihak.
Katanya laporan PAC yang komprehensif dan telus juga adalah selaras dengan kehendak ahli Parlimen ketika perbahasan berkenaan LKAN di Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang mahukan supaya PAC menyiasat dengan lebih terperinci isu-isu yang dibangkitkan dalam laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Bekas pegawai pengawal, KSU perlu hadir prosiding PAC Bekas pegawai pengawal, KSU perlu hadir prosiding PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625776650_MasErmieyatiSamsud.jpg)
Mas Ermieyati berkata PAC akan menyiarkan kepada umum nama-nama saksi yang enggan hadir dalam prosiding PAC. - Foto Facebook/Mas Ermieyati Samsudin
![Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738927525_Duapekerjamelecur.jpg)
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
![Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738927082_plane.jpg)
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
![Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927419_TBBAZAAR.jpg)
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
![Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738927936_deepseek.jpg)
Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.
MOT umum tiga syarikat baharu laksana PPKM
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor (PPKM).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Tidak perlu garis panduan, umat Islam tahu jaga batas akidah
Tidak perlu garis panduan tertentu untuk umat Islam berkunjung ke rumah ibadat bukan Islam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
Beliau berkata umat Islam sudah sedia maklum dengan keperluan menjaga akidah masing-masing, dan kunjungan itu dibolehkan
PETROS sumbang RM2 Juta, bantu mangsa banjir di Sarawak
Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menyumbang 2 juta ringgit bagi menyokong usaha berterusan membantu penduduk yang terjejas banjir yang melanda Sarawak.
![Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738911426_TBdoctor.jpg)
Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.
![PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC jadual lima prosiding baharu sempena sidang Parlimen - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menjadualkan prosiding lima isu baharu sempena sidang Parlimen yang akan bermula minggu depan, kata Pengerusinya, Mas Ermieyati.
![PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
![SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733744939_tbAzamBaki.jpg)
SPRM nafi siasatan HRD Corp ditutup
SPRM menafikan pihaknya menutup siasatan kes berkaitan Pembangunan Sumber Manusia Bhd (HRD Corp) yang dijalankan sebelum ini.
![MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.
![Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005413_MasErmieyatiSamsud.jpg)
Tindakan henti penstrukturan semula pelaburan bantutkan transformasi LTAT - PAC
Keputusan MINDEF menghentikan pelan penstrukturan semula portfolio pelaburan LTAT yang dilaksanakan pengurusan terdahulu membantutkan proses transformasi menyeluruh LTAT.
![PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731800320_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC adakan prosiding projek loji rawatan kumbahan di Pulau Pinang
Prosiding yang diadakan di Parlimen pada Isnin akan memanggil PETRA, JPP, jururunding dan kontraktor projek.
![PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730957596_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC akan panggil Khazanah, PNB isu FashionValet, juga akan panggil NAFAS
Prosiding itu dijangka diadakan pada minggu kedua Disember 2024.
![PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730884576_MasErmieyatiSamsud.jpg)
PAC panggil semula HRD Corp 20 November ini
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil semula Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) pada 20 November ini.
![Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730873854_TengkuZafrul.jpg)
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.