KUANTAN: Seorang bekas pekerja sambilan harian di sebuah jabatan kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.
Rozairi Ismail, 33, dari Felda Jengka 13, Maran dekat sini, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu antara 24 Julai 2020 hingga 2 Jan 2021, semasa diberikan wang antara RM200 hingga RM3,000 oleh dua individu yang dimasukkan ke akaun miliknya, bagi tertuduh memberikan maklumat awal berkaitan projek di bawah jabatan itu semasa dia bertugas di Johor.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 25(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 25(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM Nur Zahida Muhammad Ruzi, menawarkan jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dan memohon tarikh baru untuk fakta dan hukuman, kerana tertuduh mempunyai kesalahan yang masih belum dipertuduhkan.
"Bagi kesalahan itu, tertuduh dijadualkan akan didakwa di Mahkamah Shah Alam pada bulan hadapan dan pihak pendakwaan bercadang untuk memohon supaya kes itu dipindahkan ke sini, untuk tujuan fakta dan hukuman," katanya.
Nur Zahida juga memohon mahkamah menetapkan syarat penjamin seorang warganegara tempatan, pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah serta melapor diri di ibu pejabat SPRM di Putrajaya setiap bulan, sehingga kes selesai.
Peguam Mohd Shuhairil Ziqrul Sapi merayu jumlah jaminan dikurangkan atas alasan tertuduh yang masih bujang telah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, sejak ditangkap pada 7 April 2022.
"Tertuduh kini bekerja sebagai pemandu e-hailing dengan pendapatan sekitar RM1,200 sebulan. Walaupun tidak mempunyai tanggungan, tertuduh kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana di sebuah universiti awam.
"Arahan yang diterima saya ialah anak guam berhasrat untuk mengaku salah terhadap semua pertuduhan, termasuk yang akan dihadapi di Mahkamah Shah Alam," katanya dan menambah anak guamnya hanya dapat mengumpul RM2,000, selepas dimaklumkan mengenai tarikh pendakwaan pada 11 Okt lepas.
Mahkamah menetapkan jaminan RM13,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin dan membenarkan semua syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan dan menetapkan 29 Nov ini untuk fakta kes dan hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas. - Gambar hiasan

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Bekas pekerja sambilan sebuah jabatan mengaku salah gagal lapor sogokan diterimanya
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan atas 15 pertuduhan gagal melaporkan sogokan berjumlah RM9,700 diterimanya, tiga tahun lepas.