PUTRAJAYA: Seorang bekas pelajar kejuruteraan awam hari ini terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara melepas dan membebaskan Umar Haqim Nurlizan, 31, selepas membenarkan rayuannya.
Hakim Hanipah, yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail and Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, berkata terdapat merit dalam rayuan Umar Haqim.
Beliau berkata terdapat dua versi berhubung penemuan dadah itu dan berdasarkan prinsip undang-undang, mahkamah hendaklah menerima versi yang memihak perayu (Umar Haqim).
"Sehubungan itu, perayu telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah," katanya.
Hanipah berkata Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan dalam alasan penghakimannya adalah tidak munasabah alasan pegawai polis yang membuat serbuan (raiding officer) menyatakan beliau terlepas pandang untuk mencatitkan pisau di dalam laporan polis, namun begitu, Hakim Mahkamah Tinggi telah juga menerima keterangan saksi itu secara keseluruhan.
Pegawai polis tersebut ketika memberi keterangan menyatakan dia nampak perayu sedang duduk di atas kerusi menghadap meja sedang memotong ketulan dadah jenis ganja dengan menggunakan pisau.
Pada 18 Disember 2019, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Umar Haqim selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan mengedar 216 gram dan 2,005 gram ganja.
Mengikut kertas pertuduhan, Umar Haqim dituduh mengedar dadah berkenaan di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 11.45 malam, 11 September 2017.
Beliau diwakili peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Abu Bakar Isa Rahmat, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya How May Ling.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Hanipah Farikullah sebulat suara melepas dan membebaskan Umar Haqim Nurlizan, 31, selepas membenarkan rayuannya. - Gambar hiasan
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.
Yasin diperintah bela diri tiga kes dadah
Yasin Sulaiman diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Selasa, atas tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya.
Bekas pelajar kejuruteraan terlepas hukuman gantung
Seorang bekas pelajar kejuruteraan awam hari ini terlepas hukuman gantung setelah Mahkamah Rayuan mengetepikan sabitan terhadap dua pertuduhan mengedar dadah jenis ganja.