MELAKA: Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 di sini hari ini.
Mohamed Hafiz, 32, dalam penampilan kedua pada kejohanan berbasikal amatur terbesar negara itu melengkapkan kayuhan sejauh 140 kilometer (km) di sekitar kawasan Melaka dengan catatan 3 jam 20 minit 31.56 saat (s) untuk merangkul gelaran juara.
"Alhamdulillah bersyukur dengan keputusan ini walaupun laluan agak mencabar. Saya tak sasar untuk menang kategori ini dan hanya fokus untuk menjaga pasukan namun kebetulan berjaya terlepas daripada kelompok hadapan jadi saya teruskan ke garisan penamat," katanya ketika ditemui selepas tamat perlumbaan.
Matthew Brittain mewakili Singapura di tempat kedua dengan catatan 3:20:31.57s diikuti Thomas Tong juga dari Singapura 3:22:28.00s ketiga.
Bagi kategori wanita pula, juara kategori Elit edisi 2023 Alicia Brittain mewakili Singapura mempertahankan gelaran sama selepas menamatkan kayuhan dengan catatan 3:23:27.41s.
"Apabila mendapat tempat pertama dan melakukannya pada perlumbaan berikutnya, anda sentiasa meletakkan jangkaan dan tekanan.
"Semua orang fikir akan berjaya tetapi setiap perlumbaan adalah baharu yang perlu bermula dari sifar dan objektif utama saya adalah untuk kekal selamat dan saya gembira kerja kerasa membuahkan hasil," katanya.
Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi peserta Malaysia Amelie Tan (3:47:05.93s) dan peserta Singapura Rita Loh (4:00:43.35s).
Sebanyak 3,358 peserta menyertai edisi ketiga L'Etape Malaysia oleh Tour de France itu, melibatkan dua jarak kayuhan 140km dan 70km.
Lima kategori dipertandingkan membabitkan kategori lelaki dan wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024

Bekas pelumba basikal pasukan Forca Amskin Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki 140 kilometer (km) edisi ketiga kejohanan berbasikal L’Etape Malaysia 2024 di sekitar bandaraya Melaka hari ini. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.