BUTTERWORTH: Bekas pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengaku tidak bersalah terhadap satu pertuduhan berhubung penipuan invois melibatkan jumlah RM40,000 di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah pada Rabu.
Tertuduh, Aziedy Abdul Talib, 42, didakwa telah menipu kakitangan Mutiara.Com Sdn Bhd dengan cara memperdaya Madiani Ab Manaf untuk mempercayai bahawa kandungan invois untuk perkhidmatan 'Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service' adalah benar bagi mendorong bayaran RM40,000 kepada ATR Resources Enterprise, syarikat milik adiknya.
Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan (Undang-Undang Malaysia Akta 574) yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, tertuduh turut mempunyai pertuduhan pilihan iaitu telah memberikan satu dokumen iaitu invois kepada seorang ejen iaitu Eksekutif Operasi Kewangan Mutiara.Com Sdn Bhd, Mardiyani Ab Manaf yang mana prinsipalnya mempunyai kepentingan mengenainya dan mengandungi butir matan palsu iaitu 'Kaspersky Antivirus License Renewal Consultation Service' yang berjumlah RM40,000.
Perkhidmatan itu sebenarnya tidak dilakukan oleh syarikat ATR Resource Enterprise yang pada pengetahuan tertuduh adalah dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.
Bagi pertuduhan pilihan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta yang sama (Undang-Undang Malaysia Akta 575).
Ia memperuntukkan penjara selama tempoh tidak lebih daripada 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Mutiara.Com Sdn Bhd di Tingkat 14 Menara UMNO, Jalan Macalister dalam daerah Timur Laut pada 11 Oktober 2016.
Tertuduh diwakili peguam CP Ang manakala pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman.
Dalam pendakwaannya, Noor Azura memohon mahkamah mengenakan wang jaminan RM10,000 serta dua syarat tambahan iaitu melaporkan diri di Ibu pejabat SPRM sekali setiap bulan manakala pasport antarabangsa diserahkan kepada mahkamah.
Dalam rayuannya, CP Ang meminta wang jaminan dikurangkan kerana anak guamnya perlu menyara isteri, dua anak, ibu bapanya yang sudah uzur dan seorang adik yang tinggal bersamanya.
Tertuduh juga hanya bekerja sambilan sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di ibu negara dan kontraknya akan tamat dua bulan lagi.
Hakim Zulhazmi Abdullah kemudiannya menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan membenarkan dua syarat tambahan tersebut.
Kes akan disebut semula pada 26 Jun depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed May 31 2023
Hakim menetapkan wang jaminan RM10,000 dengan membenarkan dua syarat tambahan terhadap tertuduh. - Gambar/ Astro AWANI
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Bekas CEO syarikat pengendali air Johor didakwa tipu RM3.38 juta
Muhamad Faizal Aliar mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.
Salah guna kuasa, bekas CEO GLC didenda RM15,000 lantik anak dalam syarikat
Seorang bekas CEO anak syarikat berkaitan kerajaaan Melaka didenda RM15,000 selepas mengaku bersalah melantik anak perempuannya ke dalam syarikat terbabit pada 2021.
Bekas CEO didenda RM30,000, penjara sehari mengaku tiga pertuduhan menipu
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda itu.
SPRM tahan bekas CEO kemuka dokumen palsu
SPRM Melaka menahan seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkaitan anak syarikat kerajaan negeri Melaka hari ini bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu pelupusan kenderaan.
Bekas CEO anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka didakwa salah guna kuasa lantik anak
Bekas CEO sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menyalah guna kuasa melantik anak perempuannya bekerja di agensi berkenaan.
SPRM tahan Datuk bekas CEO dan isteri bantu siasatan kes rasuah, pecah amanah RM140 juta
Pasangan berusia 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah dan pecah amanah berjumlah RM140 juta.
Bekas CEO FIC ditahan SPRM
Penahanan beliau di ibu pejabat SPRM pada 9.20 malam itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani.