KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menyabitkan Lee Koon Huat, bekas Penasihat Lembaga Pengarah Axis Incorporation Bhd (Axis) kerana bersubahat dengan syarikat itu dalam mengemukakan penyata kewangan palsu dalam semua laporan suku tahun Axis bagi tahun kewangan 2007.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dalam satu kenyataan semalam berkata Lee dikenakan pertuduhan pada 26 Mac 2013 dengan empat pertuduhan di bawah seksyen 122C(c) dibaca bersama seksyen 122B(a)(bb) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA).
Bukti menunjukkan bahawa beliau telah memberi arahan untuk meningkatkan hasil pendapatan Axis dalam laporan suku tahunannya yang tidak diaudit pada tahun 2007, kata SC.
Hakim Mahkamah Sesyen KL Tuan Azman Ahmad menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan (jika gagal bayar, enam bulan penjara).
Mahkamah turut memerintahkan agar hukuman penjara itu dijalankan serentak.
Pada 2013, SC juga telah mengenakan pertuduhan ke atas bekas pengarah eksekutif Axis, Lee Han Boon, Saipuddin Lim Bin Abdullah dan Koh Tee Jin, masing-masing dengan lima pertuduhan kerana mengemukakan penyata kewangan palsu berhubung hasil Axis bagi tahun kewangan 2007 dan 2008.
Kesemua Lee Han Boon, Saipuddin dan Koh mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman penjara antara satu hari hingga 12 bulan dan masing-masing didenda RM200,000.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 11 2022
![Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648568171_courtgavelmahkam.jpg)
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda sebanyak RM200,000 bagi setiap pertuduhan ke atas Lee Koon Huat.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41648568171_courtgavelmahkam.jpg)
Bekas penasihat Axis dihukum penjara enam bulan, didenda RM800,000 kemuka penyata kewangan palsu
Lee terbukti memberi arahan untuk meningkatkan hasil pendapatan Axis dalam laporan suku tahunannya yang tidak diaudit.
![Call of Duty: Selepas tawan Asia, RamPaGe Gaming mahu dominasi dunia Call of Duty: Selepas tawan Asia, RamPaGe Gaming mahu dominasi dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/41527552810_rampagegaming.png)
Call of Duty: Selepas tawan Asia, RamPaGe Gaming mahu dominasi dunia
Pengurus RamPaGe Gaming Megat Danish Izmeer berkata pasukannya akan terus berlatih dan berusaha dengan lebih keras bagi menjamin mutu persembahan di Anaheim nanti.
![Keuntungan bersih Axis-REIT dalam suku pertama naik kepada RM31.43 juta Keuntungan bersih Axis-REIT dalam suku pertama naik kepada RM31.43 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/51524665581_AXIS.jpg)
Keuntungan bersih Axis-REIT dalam suku pertama naik kepada RM31.43 juta
Keuntungan bersih Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT) naik kepada RM31.43 juta untuk suku pertama berakhir 31 Mac 2018 berbanding RM22.65 juta yang direkodkan dalam tempoh yang sama.