PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Profesor Dr N Sundra Rajoo untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan kenyataan menghina mahkamah.
Ini berhubung kenyataan Thomas yang didakwa dalam afidavit yang difailkannya bagi membatalkan saman sivil yang dikemukakan Sundra Rajoo terhadap beliau (Thomas) dan 12 yang lain di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Dalam afidavit itu, Thomas antara lain mendakwa memberi imuniti kepada Sundra Rajoo daripada pendakwaan jenayah akan meletakkannya pada tahap melebihi 30 juta rakyat Malaysia malah akan menjadi kelas atas sembilan raja Melayu Malaysia.
Hari ini, panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim berkata permohonan ex parte Sundra Rajoo tidak memenuhi ambang kes prima facie untuk kebenaran diberikan.
Beliau berkata Sundra Rajoo tidak mengemukakan kes bahawa kenyataan yang disangkal itu menimbulkan risiko sebenar menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap pentadbiran keadilan.
Dua lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang turut bersidang ialah Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Harmindar Singh Dhaliwal.
Sundra Rajoo memfailkan permohonan ex parte pada 9 September tahun ini, memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina terhadap Thomas.
Pada Julai lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Thomas untuk membatalkan saman yang difailkan oleh Sundra Rajoo terhadapnya (Thomas), bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull, beberapa timbalan pendakwa raya, pegawai SPRM dan kerajaan Malaysia selaku defendan atas dakwaan salah guna jawatan awam, berhubung penahanan dan pendakwaan salah terhadapnya.
Rayuan Thomas masih belum selesai di Mahkamah Rayuan.
Sundra Rajoo didakwa pada 16 Mac 2019 dengan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah berjumlah RM1.1 juta, yang didakwa dilakukan di premis AIAC di Jalan Sultan Hishamuddin di Kuala Lumpur antara 17 Ogos dan 8 Dis 2018.
Thomas merupakan Peguam Negara antara Jun 2018 dan Feb 2020.
Sundra Rajoo kemudiannya memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi memohon perisytiharan bahawa beliau kebal daripada pendakwaan atas tindakan yang dilakukan dalam kapasiti rasminya.
Beliau memenangi kesnya di Mahkamah Tinggi tetapi Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi. Beliau kemudian membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan yang membuat keputusan memihak kepadanya.
Pertuduhan terhadap Sundra Rajoo kemudiannya digugurkan selepas Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Sundra Rajoo sebagai Pengarah AIAC, berhak mendapat imuniti daripada pendakwaan bagi perbuatan yang dilakukan semasa memegang jawatan.
Pada prosiding hari ini yang dijalankan secara dalam talian, peguam Datuk Malik Imtias Sarwar dan A. Surendra Ananth mewakili Sundra Rajoo.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Sundra Rajoo (gambar) failkan permohonan ex parte pada 9 September tahun ini, memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina terhadap Thomas. - Gambar fail

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Bekas Pengarah AIAC gagal dapat kebenaran mula prosiding hina mahkamah
Sundra Rajoo failkan permohonan ex parte pada 9 September tahun ini, memohon kebenaran untuk memulakan prosiding menghina terhadap Thomas.

Perbicaraan penuh bagi saman Sundra Rajoo terhadap Tommy Thomas dan 12 lagi
Saman yang dikemukakan Datuk Profesor Dr N. Sundra Rajoo terhadap Tan Sri Tommy Thomas dan 12 lagi akan didengar pada perbicaraan penuh oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sundra Rajoo saman Tommy Thomas, 12 yang lain berhubung pendakwaan salah
Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) Datuk Prof N. Sundra Rajoo hari ini memfailkan saman terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Tertuduh harus diberi peluang semak semula kuasa budi bicara AG untuk mendakwa - Mahkamah Persekutuan
Seorang tertuduh harus diberi peluang untuk menyemak semula kuasa budi bicara Peguam Negara.