KUANTAN: Seorang bekas pengarah syarikat bot tunda didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menggunakan kelengkapan telekomunikasi tidak diperakui di bot miliknya, enam tahun lepas.
Hakim Mohd Kafli Che Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Yap Aik Seng, 58, selaku Orang Kena Saman (OKS) dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Yap membayar denda itu.
Dia didakwa menggunakan sebuah unit radio marin jenama Superstar model SS-39 yang tidak diperakui seperti dikehendaki Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 di dalam bot milik syarikatnya di jarak 14 batu nautika dari Kuala Rompin, Rompin pada 10.45 pagi 3 Julai 2015.
Pertuduhan mengikut Peraturan 16(1)(b) peraturan itu dan dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, perbuatan OKS terbongkar selepas pasukan polis marin melakukan operasi di sekitar perairan Tanjung Gemok (kini dikenali sebagai Teluk Gading) di Rompin pada hari kejadian.
Siasatan lanjut terhadap radio yang ditemukan dalam bot tunda milik syarikat OKS mendapati kelengkapan itu tidak diperakui SIRIM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) atau agensi perakuan lain.
Terdahulu peguam Norazmi Kasani yang mewakili Yap memohon mahkamah menjatuhkan hukuman denda minimum terhadap anak guamnya yang kini bergantung kepada lima anaknya untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas bersara.
"OKS juga telah menasihatkan anaknya yang kini mengendalikan syarikat itu supaya lebih berhati-hati dalam pembelian alatan bot dan meletakkan syarat kepada penyewa bot supaya mendapatkan pengesahan MCMC berhubung radio yang digunakan," katanya.
Norazmi juga memaklumkan anak lelaki OKS sebagai pengarah bersama syarikat itu juga telah didenda sebanyak RM6,000 selepas mengaku bersalah atau pertuduhan serupa semasa dihadapkan ke mahkamah sebelum ini.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada MCMC Nazrul Nizam Mohd Zameri.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021

Pertuduhan mengikut Peraturan 16(1)(b) peraturan itu dan dihukum di bawah Peraturan 37 peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bekas pengarah syarikat didenda RM6,000 guna radio marin tidak diakui
Perbuatan itu terbongkar selepas pasukan polis marin melakukan operasi di sekitar perairan Tanjung Gemok (Teluk Gading) di Rompin pada hari kejadian.