Seorang bekas Pengarah Urusan anak syarikat Felcra, Felcra Training & Consultancy Sdn Bhd (FTC) mengaku tidak bersalah hari ini atas 33 pertuduhan menyeleweng dana dan agihan kontrak bernilai hampir RM1.6 juta.
Rohaizat Ahmad, 54, dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah dan Seksyen 24 akta yang sama.
Tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azura Alwi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memanipulasi sebut harga selain melantik hampir 10 syarikat luar dimiliki oleh anggota keluarga dan kenalannya bagi membekalkan tenaga pengajar, pakar latihan serta kursus dikendalikan anak syarikat Felcra itu.
Tertuduh diwakili Peguam Hamidi Mohd Noh dan Aiman Abdul Rahman manakala pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwaraya SPRM.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM80,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh juga diarah menyerahkan pasport antarabangsanya serta melapor diri setiap bulan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sehingga kes selesai.
Fareez Azman
Wed Sep 04 2019

Rohaizat Ahmad (tengah) dituduh di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah dan Seksyen 24 akta yang sama. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Isytihar harta: Isteri Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
Toh Puan Na'imah Abdul Khalid memohon Mahkamah Sesyen memberikan suatu perintah untuk merujuk soalan mengenai kesan peruntukan Perlembagaan Persekutuan kepada Mahkamah Tinggi.

Bekas MB Perlis tiba di mahkamah bagi pertuduhan di bawah Akta SPRM
Azlan tiba bersendirian kira-kira 8.15 pagi dan terus masuk ke Mahkamah Sesyen 1.

Rasuah: SPRM buat siasatan forensik terhadap akaun UiTM
SPRM sedang membuat siasatan forensik terhadap akaun UiTM Holdings bagi mengesan kesalahan rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa membabitkan dakwaan kerugian dalam universiti itu.

Pembantu penguat kuasa JPJ mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,200
Tertuduh terima rasuah RM1,200 bagi melepaskan sebuah lori yang disita di Lahad Datu pada tiga tahun lepas.

Pengerusi koperasi direman bantu siasatan salah guna kuasa
Suspek disyaki menyalahgunakan kuasa dengan melantik anaknya sebagai pengurus bagi sebuah syarikat milik penuh koperasi.

Pendengaran pra-pelantikan calon KP SPRM wajar dipertimbangkan
Pencalonan KP SPRM secara terbuka dapat meningkatkan penyertaan orang awam dalam menguatkan lagi hubungan SPRM dengan rakyat.

Seksyen 17A Akta SPRM 'ingatkan' rakan kongsi pasif lebih bertanggungjawab
Organisasi komersial bertanggungjawab sekiranya pekerja atau sekutunya terlibat dalam rasuah.

Bekas Penolong Pegawai Perpaduan mengaku tidak bersalah kemuka invois palsu RM6,000
Perkhidmatan pembekalan makanan dan minuman itu bagaimanapun tidak dilakukan dan tertuduh ketika kejadian bertugas di JPNIN Alor Gajah.

Lim Guan Eng, isteri didakwa hari ini
Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isterinya akan dihadapkan ke Mahkamah Pulau Pinang melibatkan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Ahmad Zahid tarik balik rayuan cabar Akta SPRM dan Pencegahan Wang Haram
Akta berkenaan ialah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.