KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini.
Pengerusi Bernama yang ke-10 itu meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat serangan jantung pada usia 75 tahun.
Berita pemergian Abdul Rahman dimaklumkan oleh anak perempuan Allahyarham Diana Sulamazra kepada Bernama, hari ini.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Puan Sri Maznah Adam dan tiga orang anak.
Abdul Rahman yang merupakan anak kelahiran Parit Buntar, Perak, memulakan kerjaya sebagai wartawan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 1966, sebelum menyertai Bernama selaku Wartawan Kanan pada 1971.
Antara tahun 1971 hingga 1995, beliau pernah menjadi Ketua Biro Johor, koresponden bagi Thailand dan Indo-China, Ketua Penyunting, Ketua Pengarang Berita, Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri, Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Am serta Ketua Pengarang Bernama.
Beliau memilih bersara awal bagi bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) Kesembilan pada April 1995 di kawasan Parlimen Parit Buntar sebagai calon Barisan Nasional (BN) dan memenangi kerusi berkenaan.
Abdul Rahman dilantik sebagai Pengerusi Bernama ke-10 dari 1 Feb 2010 hingga 31 Jan 2014, sebelum dilantik semula ke jawatan tersebut hingga 31 Jan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 30 2022
![Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643548571_TBRAHMAN.jpg)
Pengerusi Bernama yang ke-10 itu meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang akibat serangan jantung pada usia 75 tahun. - Bernama
![Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717993154_TBDiesel.jpg)
Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.43 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 Feb ini.
![Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724310739_YasinSulaiman.jpg)
Mahkamah tetapkan 28 April untuk pendengaran rayuan kes dadah Yasin
Mahkamah Rayuan menetapkan 28 April depan bagi mendengar rayuan Muhammad Yasin Sulaiman, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup selepas disabitkan atas tiga kesalahan berkaitan dadah.
ASEAN 2025 | 5 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawakan tumpuan berikut:
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
1. Malaysia seru ASEAN bersatu dalam tindakan iklim
2. Singapura terkesan tekanan tarif baharu AS ke atas Kanada, China dan Mexico
3. Thailand mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
![JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738747260_CawanganEmart.jpg)
JAKIM berhak tarik balik sijil halal jika terdapat ketidakpatuhan
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mempunyai kuasa untuk menarik balik pensijilan halal yang diberikan kepada syarikat dan peniaga pada bila-bila masa sekiranya berlaku sebarang ketidakpatuhan.
Thai mahu Malaysia bantu perkukuh kerjasama pendidikan
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Thailand mahu Malaysia bantu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya di peringkat awal persekolahan lebih-lebih lagi untuk menerapkan kemahiran mengajar bagi mencapai matlamat melahirkan modal insan yang mementingkan segala aspek kehidupan.
Singapura mungkin bukan sasaran tarif langsung AS, kata Vivian Balakrishnan
Amerika Syarikat mungkin tidak mengenakan tarif langsung ke atas barangan dari Singapura, kata menteri luarnya vivian balakrishnan.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Namun beliau tidak menolak kemungkinan Singapura masih akan merasakan kesan tidak langsung daripada tarif AS terhadap Kanada, China dan Mexico.
Kerajaan terus perkasa kesiapsiagaan ASEAN bagi muktamadkan DEFA
Malaysia, menerusi kepengerusian ASEAN pada tahun ini akan meneruskan usaha strategik untuk memastikan tahap kesiapsiagaan negara-negara ASEAN dalam memuktamadkan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA).
Thailand sekat bekalan elektrik ke Myanmar
Thailand memotong bekalan elektrik rentas sempadan ke lima lokasi di Myanmar pada hari Rabu (5 Feb), dalam usaha untuk membanteras pusat penipuan dalam talian yang disalahkan kerana menakutkan pelancong China.
![KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738746015_AbdulRahmanMohamad.jpg)
KESUMA cadang laksana Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja
Ia bagi memastikan perlindungan 24 jam sehari dalam tujuh hari seminggu kepada pekerja yang layak semasa tempoh penggajian.
Penggabungan Nissan-Honda mungkin dibatalkan
Pembuat kereta Jepun Honda dan Nissan mungkin membatalkan perbincangan penggabungan, lapor akhbar Asahi Shimbun YANG memetik pelbagai sumber
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
Menurut akhbar itu, pembatalan itu satu langkah yang akan menimbulkan persoalan tentang langkah seterusnya untuk Nissan yang terjejas teruk.
![Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643548571_TBRAHMAN.jpg)
Bekas Pengerusi Bernama meninggal dunia
Bekas Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Tan Sri Abdul Rahman Sulaiman meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras di sini hari ini.