KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersubahat dengan mengarahkan setiausaha syarikatnya untuk menggunakan penyata kewangan palsu, Mei tahun lepas.
Tai Boon Wee, 64, didakwa secara tidak jujur mengarahkan Mak Chooi Peng, 54, menggunakan dokumen palsu iaitu 'Interim Financial Statement for the Period Ended 31st March 2023 (3rd Quarter)' bagi syarikat GIIB Holdings Berhad sebagai tulen yang mana kesalahan tersebut telah dilakukan hasil persubahatannya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 29 Mei tahun lalu di Pejabat Bursa Malaysia Berhad, Exchange Square, Bukit Kewangan, di sini, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali dan pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.
"Tai sepatutnya dituduh lebih awal tetapi beliau sering berada di luar negara dan sukar bagi pihak pendakwaan untuk mengetahui keberadaannya, oleh itu kami merasakan beliau adalah seorang yang berisiko untuk melarikan diri. Mohon syarat tambahan berkenaan pasport dibenarkan," katanya.
Peguam Wan Shahrizal Wan Ladin yang mewakili tertuduh memohon jumlah ikat jamin yang lebih rendah atas alasan anak guamnya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak SPRM sepanjang siasatan dijalankan selain pendapatan dan saham syarikatnya dalam pasaran turut terjejas teruk sepanjang dua tahun beliau disiasat," katanya.
Hakim Azura Alwi membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai selain menetapkan 5 Julai untuk sebutan semula kes.
Sebelum ini, pada 13 Januari tahun lalu, Tai mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada syarikat pengauditan berhubung penjualan dan pelupusan mesin terpakai bernilai RM2.95 juta.
Bagaimanapun, pada 24 Oktober tahun sama, Mahkamah Tinggi di sini telah membebaskan Tai daripada pertuduhan tersebut selepas membenarkan permohonan tertuduh untuk mengetepikan kesemua pertuduhan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Hakim membenarkan Tai (dua, kiri) diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. - Gambar fail/ Bernama

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Bekas pengerusi syarikat didakwa subahat guna dokumen palsu
Bekas pengerusi syarikat pengeluar getah, GIIB Holdings Berhad, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan bersubahat menggunakan dokumen palsu.

Ibu tunggal didakwa menyamar ejen insurans tipu lebih RM700,000
Tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norma Ismail.

Anggota Parlimen Kerajaan bukan menteri akan dilantik pengerusi GLC - Takiyuddin
Cadangan dikemukakan oleh kementerian yang berkaitan dengan GLC berkenaan manakala pelantikan hanya dibuat selepas mendapat persetujuan perdana menteri.